26 Jan 2013

Malaysian vs Indian vs Standard English

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Peace be upon you.. Suddenly I have an idea to write about this, after watching a video in the YouTube. Hehe.. Alamak, speaking la pulak. Malas malas malas! Ini blog berbahasa Melayu :D



Sila tengok dulu lah video ni, tak rugi punya!!


Amacam? Dah puas gelak? Hehe.. Baru aku sedar rupanya Malaysian English ataupun Manglish ni sebenarnya indah, walaupun tak standard.. Namun, banyak juga situasi yang menyebabkan kita guna Manglish ni kan.

Nak cerita lah pengalaman aku kat India ni. Kami kalau bercakap dengan tempe (orang tempatan) kat sini, sama lah jugak, bukannya guna bahasa Inggeris yang standard tu, tapi guna Indian English. Mula-mula sampai sini, terkejut jugak sebenarnya sebab ramai rupanya tempe yang boleh cakap bahasa Inggeris. Ingatkan aku akan ada masalah besar dalam berkomunikasi bila sesampainya aku di bumi rempah ni. Alhamdulillah, tak la seteruk yang disangka..

Contoh Indian English:

Standard : Tandoori is sold out.
Indian : Tandoori is finished.

Standard : You wait here.
Indian : You wait here only.

Standard : Dr. Raju is present.
Indian : Dr. Raju is there.

Nampak tak perbezaan kat situ? Mula-mula tergelak jugak, dah lama-lama terbiasa la pulak. Sampai kan masa aku balik Malaysia hari tu, terbawak-bawak gaya percakapan orang sini. Apa lagi, kena bahan la dengan kawan-kawan =.='

Banyak lagi contoh sebenarnya, tapi penat la pulak nak taip. Haha.. Boleh tengok video kat bawah =D


Aku yakin bahawasanya kat tempat-tempat lain, lain bunyi English dia kan.. Kat Malaysia pun, macam-macam bunyi slanga / dialek kan.. Contoh macam Kelantan, we also speaking English like you all. Haha... Kelantan English or Kelate English or Kelantish. (ye ke yang last sekali tu? main bedal je).. Tengok video kat bawah..


Haha.. Not all Kelantanese speak broken English okay.. Walaupun bergegar kilang budu.. Haha.. Biasa lah tu, bila English dah diasimilasikan dengan persekitaran.. Jadilah macam tu. Contoh macam orang Perancis, bukannya sempurna sangat bunyi bila mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, harap memahami yer. Hehe..

Indahnya Allah S.W.T. ciptakan manusia dengan pelbagai bangsa, agama, warna kulit serta bahasa, agar kita dapat saling melengkapi antara satu sama lain.  Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke-13:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Barulah hidup kita ini dipenuhi dengan pelbagai warna, bukan satu warna sahaja.. Nampak tak hikmah kejadian dan ciptaan oleh Allah S.W.T. kat situ? Warna kehidupan inilah sebenarnya yang mencorakkan dunia ini..

Sekian sahaja untuk kali ini.. Terima kasih kerana membaca, maaf jika ada yang terasa :)

nota kaki : katanya Oh My English! musim kedua dah nak mula.. tak sabar nak tunggu..

22 Jan 2013

Sirih Pulang Ke Gagang 2013

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Entri kali ini tentang program tahunan OASiS, iaitu Sirih Pulang Ke Gagang 2013. Kalau ada yang masih tak tahu, OASiS adalah pertubuhan rasmi alumni bekas pelajar SM Sains Alam Shah (ASiS). OASiS adalah...

OLD BOYS OF ASiS

Program ni bakal berlangsung pada Sabtu ini, 26 Januari 2013, bertempat di SM Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Status kehadiran aku : Tidak hadir, sebab kekangan jarak dan masa.

Berikut antara program yang bakal diadakan..


Secara jujurnya, aku cemburu! Aduhai.. Tu la, nak belajar kat India sangat.. Takpe lah, rezeki masing-masing kan.. Semoga program ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya! Sokong dari jauh sahaja.. Tak sabar nak tengok gambar-gambar yang bakal dimuat naik oleh cikgu-cikgu dan para OASiS sekalian.. Para OASiS yang berkelapangan, sila hadir ke program berkenaan. Pastinya aktiviti-aktiviti berkenaan dapat mengembalikan memori kita sewaktu bersekolah di sana.

Oh ya, sebelum tu, aku tak berdaftar lagi sebagai ahli rasmi OASiS.. Nanti aku balik Malaysia la deh. Hehe..  Hari tu tak sempat nak daftar sebabnya korang tahu sendiri la kan tentang musibah yang melanda masa aku balik Malaysia hari tu.. Jangan khuatir, aku akan tetap menyokong program OASiS dari jauh. =)

nota kaki : pesta buah-buahan tu!!!!!

3 Jan 2013

Cirit-Birit

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Dah kenapa tajuk macam ni? Hehe.. Jangan fikir yang bukan-bukan, yang kotor-kotor. Rasa teringin untuk berkongsi sesuatu mengenai topik berkenaan. Tadi masa sedang melayari Internet, terjumpa gambar ni kat blog MedikTV.

Harap bermanfaat =)

Kebetulan pula, sedang belajar tajuk blok Sistem Pencernaan (Gastrointestinal Block) sekarang ni sehinggalah hujung Januari ini. Kat India ni, memang mudah nak dapat cirit-birit (atau diarrhoea) ni. Oleh sebab itu, aku telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa banyak ubat sakit perut sebelum datang ke sini.

Lagi satu, jaga pemakanan.. Agak risau nak makan yang bukan-bukan, terutamanya kat tepi jalan.. India ni, debu dia lain macam sikit. Kalau kat Malaysia, boleh selamba je makan benda-benda yang dijual di tepi jalan, asalkan bersih.. Kat India pun boleh sebenarnya, tapi kena pandai-pandailah.. Tapi aku tak berani..

Nak elak memang susah, tapi sekurang-kurangnya berjaga-jaga.. Nanti tak pasal-pasal ulang-alik masuk keluar tandas. Kes yang lebih teruk lagi, kena tahan kat hospital. Kan dah hilang masa produktif kat situ kan? Siapa yang rugi? Kita jugak... Tapi takpe la, kesakitan tu bukannya kita yang nak, kan? :D

Tapi ingatlah, sakit itu kafarah dosa, dan juga salah satu bentuk ujian daripada Allah juga. Oleh itu, sabar je kalau sakit tu, tak kira tahap kesakitan. Pasti ada hikmah yang tersendiri. Allah berfirman:


“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian (kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takbur lagi membanggakan diri” - Surah Al-Hadid ayat 22-23.

 Sekian sahaja untuk kali ini.. Terima kasih kerana sudi membaca :)

nota kaki : sempat lagi update blog walaupun esok ade PBL. hoho


1 Jan 2013

2013

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera semua.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita semua masih berpeluang untuk hidup di bumi yang fana ini pada tahun baru, 2013. Selamat tahun baharu semua! =)


Berlalu sudah 2012, tahun yang meninggalkan pelbagai kenangan manis dan juga pahit.

Yang manis pada 2012:

  • Lulus semua Selanjar dan yang paling utama, Peperiksaan Ikhtisas Fasa 1.
  • Dapat bercuti di Manipal dan Bangalore
  • Pengalaman berniaga kain saree
  • Lagenda 2012 di Manipal
  • Samudera
  • Lawatan ke Pune dan Mahabaleshwar

Yang pahit pada 2012:

  • Kemalangan jalan raya sehingga patah paha kanan (masih lagi belum pulih ketika entri ini ditulis)
  • Tertinggal pelajaran selama 8 minggu kerana kemalangan

Tak apa lah, yang buruk tu jadikannya pengajaran, dan yang baik tu simpan jadikan kenangan. Yang berlalu biarkanlah berlalu, kerana masa tak mungkin dapat diundur. Namun, bukanlah mudah untuk hidup 5 bulan tanpa boleh bergerak dengan bebas. Mungkin ada hikmah yang akan menanti, yang aku tak tahu.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

InsyaAllah, tahun baru, jom sama-sama kita buka lembaran baru. Mesti ramai yang berazam sempena tahun baru ni kan. Berusahalah untuk melunaskan azam masing-masing dengan sedaya upaya, jangan main cakap aje. Ade ke yang berazam nak kahwin tahun ni? Bagus lah kalau gitu. Hehe.. Itu satu contoh sahaja :)

Tahun baru, semangat baru.. Macam biasa lah, semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini. Sekadar renungan bersama, sedikit perkongsian, Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Barang siapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam,
dia adalah orang yang beruntung.
Barang siapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi.
Dan barang siapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."

Akhir kata, sekali lagi, selamat menyambut tahun baru 2013, semoga tahun ini dipenuhi kejayaan dan kegembiraan kepada setiap daripada kita..