30 Ogo 2011

Syawal Menjelma

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Setelah sepurnama berpuasa, kini hari raya kembali lagi. Dengan tamatnya bulan Ramadhan, diharapkan agar semua orang rasa bersih dari dosa, dan jadi insan yang lebih baik dalam pelbagai sudut. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir, sape tahu kan. Sama-samalah berdoa agar kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan, supaya kita dapat lipat gandakan pahala kita, kan kan kan??? Peluang berharga tu....


Kembali kepada hari raya pulak. Raya tu raya la jugak, tapi bersederhana itu perlu diutamakan. Bayangkan apa yang orang susah rasa. Mesti diorang rasa sedih kan sebab tak mampu sambut raya macam orang lain. Ingat, dalam kita bersuka-ria, ada insan lain yang dalam kesusahan, jadi apa perlu kita buat? Bantu mereka. Hulurkan bantuan seikhlas mungkin, semoga kita beroleh keberkatan daripada Allah S.W.T.


Aku harap yang hari raya kali ni datangkan semangat dan inspirasi untuk aku supaya jadi insan yang lebih beriman dan berguna pada agama, bangsa dan negara. Kalau boleh, janganla kata-kata aku ni jadi kata-kata kosong je.. Aku nak jadikan kenyataan ini sebagai realiti. Aku nak jadi seorang doktor yang hebat dan berguna kepada masyarakat dan agama. Impian itu tidak akan jadi khayalan lagi, jika aku bersungguh-sungguh.


Kepada pembaca blog yang berkelapangan tu, jemputlah datang ke rumah, berhari raya.. Aku harap korang datang, sebab tak lama lagi aku akan sambung belajar. Kat luar negara pulak tu. Alamatnya:


2584-3H, Blok I,
Perumahan Polis Wakaf Mek Zainab,
Jalan Long Yunus,
15300 Kota Bharu, Kelantan.




Koordinat GPS:   6° 8'13.65"N, 102°14'53.23"E




Dalam menjamu selera, kawal pemakanan anda. (pesanan untuk diri sendiri juga).... Tak elok untuk kesihatan. Nanti berat naik banyak... Hahha... Kawal nafsu makan tu, tahu ar kita dah sebulan berpuasa. Juadah banyak pulak kan, lemang, ketupat, lodeh, lontong, sate, dan kuih raya yang pelbagai. Jangan over makan lak! Hehe.. Nasihat ni...





Jangan main mercun, nanti tak pasal-pasal jari kurang pulak nanti. Nak ke? :D



Kepada kaum kerabat di Pahang, maaflah, sebab tak dapat beraya bersama kalian tahun ni, ada orientasi la pulak, tapi ahli keluarga yang lain akan pulang ke Pekan pada 7 September ni.




Kepada yang memandu, pandulah dengan berhati-hati, jangan jadikan jalan raya sebagai pusara. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.




Akhir kalam, aku memohon seribu kemaafan seandainya diri ini pernah mengguris hati sesape sahaje, andai tutur kata menghiris perasaan korang, kalau tingkah laku tidak menyenangkan hati korang. Aku menyusun 10 jari tanda kemaafan, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sesungguhnya aku juga seorang manusia biasa yang tak sunyi daripada melakukan kesalahan. Buang yang keruh, ambik yang jernih ya...


Salam lebaran, selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin!




27 Ogo 2011

Senarai Pemenang

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Keputusan bagi peraduan yang julung kali di blog ini, iaitu 'Duit Raya' telah pun ada. Keputusan adalah MUKTAMAD. Berikut disampaikan keputusannya:

Pemenang RM10 (setiap seorang) :

1. Amirah Mia

Ucapan yang sangat jujur dari beliau. Apa lagi yang aku boleh aku kata? Kecuali ayat last tuh. Cukup syarat je? Memang wajib pun ayat tu. Tengok apa yang jadi lepas ni kalau takde ayat tu. :)

2. Aris Ismail

Mamat ni silap letak ucapan lak. Orang suruh tulis kat fan page, dia tulis kat blog lak.. Haihhh! Tak perlu panjang-panjang.. Ucapan yang sempoi sahaje, tapi menusuk kalbu. Nice.. :)

3. Pemadam Pensil


Yang ni kreatif, sepatutnya aku nak jadikan penyertaan ni no. 1, tapi tak boleh, kenapa? Sebab takde ayat "Nak duit raya boleh?". Itu mandatori la. Tapi sebab kekreatifan dan usaha (siap edit gambar aku lagi), aku bagi dia no.3.. Izinkan aku guna gambar ni lepas ni yer?

Pemenang top-up RM5 (setiap seorang):

4. Awang Azzizul

Ini peserta yang paling awal menghantar penyertaan, cuma ucapan orang lain lebih bagus. Suka dengan ikon-ikon tu... Takde rezeki kali ni, cuba lain kali yer. :)

5. Izudin Rifli

Ayat terlalu simple la. Hehe.. Kalau boleh kasi up sikit, gerenti dapat top 3. Sebab hantar last minute, dapat no. 5. Takpe, jangan putus asa.

Kesimpulan daripada peraduan kali ni, blog aku tak cukup menarik. Kenapa? Jumlah penyertaan yang sangat hambar. Takpe, aku akan berusaha dengan lebih lagi pada masa akan datang, dengan hadiah yang lebih lumayan. Mungkin hadiah nanti dari India, kalau aku bermurah hati.

Rezeki tidak datang bergolek!

26 Ogo 2011

Selamat Jalan, JPA

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Satu keputusan yang bakal mengubah masa depan aku telah dilakukan, hari ini.


Tawaran Biasiswa Persekutuan untuk mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Dalam Negara (1) terpaksa DITOLAK! Keputusan ini dilakukan demi memberi laluan kepada kehendak aku untuk meneruskan pengajian di India dalam bidang perubatan, berbanding di UiTM dalam bidang optometri.

Semoga keputusan ini akan membawa kepada satu kehidupan yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

Bila kita harus memilih, buatlah pilihan yang tepat, supaya tidak disesali keputusan anda kelak.

23 Ogo 2011

Nak Menang Duit Raya Dari rashoasis.blogspot?

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Tajuk di atas bukan omongan kosong semata-mata. Aku serius nak bagi duit raya kat korang ni.... Macam mana caranya?



Caranya mudah saje. Klik 'like' di fan page blog ni. Tak tahu ke kewujudan fan page blog ni? Memang aku malas nak promote, sebab aku bukannye artis atau selebriti pun. Lepas korang klik 'like', conteng wall fan page blog aku dengan ucapan raya paling kreatif dan paling ikhlas yang korang mampu berikan, tapi kat akhir ucapan korang, mesti taruk, "Nak duit raya boleh?". Kalau tak, penyertaan tak diambil kira. Untuk mudahkan kerja korang nak 'like' fan page tu, sila klik kat SINI.

Hadiahnya takde la lumayan sangat, tapi ikhlas dari aku. Bajet tak banyak kowt. 3 pemenang utama akan dapat RM10 sahaja dari aku, 2 orang yang lain akan menang top-up bernilai RM5. Cukup la kan? Blog ni bukannya popular sangat. Ni peraduan pertama yang aku cuba buat. Terbuka kepada mereka yang berada di Malaysia sahaja!

Tarikh tutup peraduan adalah pada 26 Ogos 2011. Cara untuk menyampaikan hadiah adalah secara bank-in bagi yang memenagi wang, manakala secara reload bagi yang memenangi top-up. Segala keputusan adalah muktamad, tiada unsur berat-sebelah.

Semoga berjaya!


Belum cuba, belum tahu.

22 Ogo 2011

Nostalgia Puasa : Edisi PASUM

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Kalau entri lepas, aku mengimbau kembali kenangan berpuasa di ASiS, kali ni giliran PASUM pula mengambil tempat. Rasanya tak banyak yang aku mampu ceritakan, kenangan di PASUM, sebab hidup di PASUM tidaklah ketat sangat seperti di asrama.



Imbauan memori bermula pada waktu sahur. Makanan sahur ikut suka hati aku je nak makan ape. Haha..  Maggi, roti, dan macam-macam je boleh disentap. Ade pembantu pelajar (PP) yang baik hati, jual nasi lemak waktu sahur. Dalam pukul 4.30 pagi dah mula dijual.. Panas lagi.. Sebungkus tak cukup.. Kena beli dua! Kadang-kadang ada jugak termiss sahur ni, almaklum la, duduk PASUM kan penat..

Waktu kuliah atau tutorial, ramai yang lemau. Hehehe.. Waktu kuliah dan tutorial dipotong sebanyak 5 minit untuk satu kelas. Waktu amali pula ditiadakan.. Berita baik buat kami.. Boleh berehat sesuka hati. Balik kuliah, lepak atas katil dulu. Pastu bangun la gi order makanan, tapau buat balik kat bilik.

Waktu berbuka? Dulu aku banyak spend banyak masa waktu berbuka di bilik B219, iaitu biliknye Amirul Arif (Skem) dan jugak Iqmal Aizad (Wak Sakai). Amyrul Rafiq (Bidor) join jugak [senang citer, geng2 ASiS lah]. Biasanya aku akan supply kurma dan jugak serunding daging untuk dimakan bersama.

Tarawikh kat Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah memang terbaek! Ruang yang sangat cukup untuk kami bersolat, ditambah pula dengan dewan yang berhawa dingin, begitu selesa untuk beribadah. Saban malam, ada sahaja tazkirah yang diberikan. Moreh pun saban malam ada jugak.. :)

Sesekali tu, kalau dah terlajak keluar atau kalau tak terlajak pun, aku akan ke bazar Ramadhan berdekatan LRT Universiti. Selalunya akan aku beli nasi dagang atau nasi kerabu kat satu kedai ni (memang terbaek la... sebab orang Kelantan yang masak), cuma harga dia mahal la.. Standard la KL, 4 hengget sebungkus. Satu benda lagi yang jadi feveret aku di bazar Ramadhan tu adalah kerangka ayam. Sedap woo!

Itu sahaja mungkin secebis kenangan berpuasa aku kat PASUM. Seronok lagi puasa kat asrama, ye dak? Masing-masing punya memori tersendiri.

Hargailah masa yang ada, gunakan dengan sebaiknya.

20 Ogo 2011

Nostalgia Puasa : Edisi ASiS

Asssalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Dah masuk 20 Ramadhan baru sempat untuk aku mengimbau kenangan berpuasa pada zaman dahulu kala. Kali ni, masa untuk mengimbau kenangan berpuasa kat sebuah sekolah berasrama penuh (lelaki sahaja) di Kuala Lumpur, iaitu SM Sains Alam Shah (ASiS). Kepada bekas-bekas pelajar ASiS, siap sedia sebab aku akan bawak korang kembali ke zaman 2-3 tahun dulu.






Rutin harian kitorang dulu kat sana, bangun sahur seawal 4.30 pagi, paling lewat pun 5.30 pagi la. Akan ada pengumuman yang menggemparkan mengejutkan kitorang dari lena. Menu sahur? Boleh dikatakan setiap pagi, nasi goreng yang menjadi santapan. Cuma lauknya je yang bertukar, pelbagai variasi dari hari ke hari, macam ayam, ikan, daging, telur masin. Kalau tak turun sahur kat Dewan Makan (DM), takde la sampai kena sebat pun dengan warden. Takde hukuman pun. Ramai jugak yang makan makanan sendiri (paling popular, roti dan maggi) kat dorm, sebab malas nak turun. Aku pun kekadang makan roti atau maggi jugak, bosan jugak makan nasi goreng setiap hari.. Turun kat DM, baju tak payah tuck-in. :)


Tak payah pakai camni pun..

Waktu subuh pulak, sesi baca al-Quran digandakan, daripada baca satu muka surat je sehari, jadi dua muka surat setiap hari. Ye lah, biasanya lepas baca al-Quran, pergi sarapan. Bulan puasa mana ade sarapan, kita bersahur. Ada jugak yang ambil kesempatan masuk kelas dengan awal pagi lagi, sejurus selepas habis baca al-Quran. Yang malas sikit, sambung tidur kejap kat dorm, tapi budak-budak ASiS semua rajin-rajin kan???


Tiba pula waktu P&P. Pagi-pagi pun ada yang dah lemau, ini mesti kes makan banyak time sahur ni kan?? Takde la, benda itu dialami sebilangan kecil je daripada pelajar ASiS. Standard la SBP. Masa form 5, lagi mencabar, sebab guna sistem kelas anjal. Sesebuah kelas tu, waktu sangat panjang, dalam 2 jam untuk satu subjek. Nak buat model soalan kan. Masa ni ramai yang dah dan hampir terkulai layu, termasuk aku kadang-kadang. Hehe.. Tapi seronok la, kegembiraan, keterujaan, kepenatan dan kesukaran tu dikongsi bersama. Nak berjaya kan? Bulan puasa sebenarnya bukan alasan untuk bermalas-malasan. SPM dah sangat dekat time tu.


Dalam puasa tu jugak, ada trial JPWP. Berkat puasa kot, aku berjaya dapat straight A buat kali pertama dan terakhir dalam peperiksaan bulanan di sekolah. Sekurang-kurangnya, keyakinan mental sudah aku raih. Exam dalam bulan puasa bukan masalah yang besar pun. Chillex sudah! :)


Bila tiba waktu rehat, takde lagi masalah nak berebut makanan, sebab semua puasa (kecuali non-Muslim)! Yang bermasalahnya, nak rebut baca paper je, kena ikut turn. Siap tulis nama kat atas paper tuh, sape dulu, sape kemudian.. Bukan bulan puasa je camtu, setiap masa pun camtu jugak. Nostalgia pulak dah!


Kalau waktu prep petang, dipenuhi dengan aktiviti tidur. Hehe.. Ada jugak la kelas tambahan petangnya, bukan tidur semata-mata. Waktu lepas solat Asar, ada tadarus al-Quran, wajib hadir! Satu kelas ambil 3 juzuk, baca secara berpasangan. Dah siap tadarus barulah boleh naik ke dorm. Kalau rajin, turunlah riadah macam biasa.


Tibalah waktu berbuka puasa. DM akan riuh-rendah dengan bunyi suara chit-chat warga pelajar ASiS. Bila tiba waktu berbuka, DM terus diam. Akan ada yang bakal membaca doa bukak puasa dan doa makan. Lepas tu, apa lagi, makan la! Lauknya meriah-meriah jugak, ada yang memang disediakan kat DM, yang mana duit lebih sikit tu, beli kat kantin la. Air manis, ayam bakar, ikan bakar, kuih-muih, ada je yang beli sendiri.. Tak lupa jugak bekalan dari rumah. Macam aku, dulu aku bawak sambal pedas tempe dan ikan bilis, dan jugak serunding daging. Aku masa bulan puasa form 5 dulu, ahli tetap meja makan aku adalah Danial Zikri dan jugak Musyabbir Haqim. Saling bertukar makanan la.. (aku dulu selalu pow serunding ayam Danial). Tempe tu aku bagi kawan-kawan la, takkan nak makan sorang je benda best, kan kan?


Sekadar gambar hiasan..


Lepas habis berbuka, tanpa lengah-lengah, terus ke surau, solat Maghrib, lepas tu solat hajat / taubat. Sementara menunggu waktu Isyak, ada tazkirah yang akan diberi sama ada oleh pelajar biasa atau ahli ASiS Islamic Council (AIC) atau ustaz-ustaz. Lepas solat Isyak dan tarawikh, terus ke kelas prep yang berakhir pada pukul 10.45 malam. Tinggal sikit je waktu prep, bermakna cabaran lebih besar untuk menggunakan waktu prep dengan sebaiknya. Bukan nak tido je kejenye, SPM dah dekat (masa tu).


Habis prep, ada supper jugak, macam biasa. Dah penat tu, naiklah ke dorm, buat ape je yang kau nak, sebelum waktu light off, pukul 11.30 malam. Esoknya nak bangun sahur pulak.


Masa dulu, boleh pulang bermalam setiap minggu. Aku nak pulang bermalam? Kat mana la aku nak balik kan... Sedara-mara pun takde yang rapat kat KL. Memang aku sangat jarang pulang bermalam. Kalau ada, aku tumpang rumah kawan je. Contohnya, masa tingkatan 4 dulu, aku dijemput untuk pulang bermalam pada bulan puasa oleh Haziq Shukor, ketua tingkatan aku masa tu. Aku cukup bersyukur, ada insan yang mengerti kesepian aku. Hehehe.. Sebenarnya takde la sepi sangat. Masa korang pulang bermalam tu la, DM masak special sikit. Jauh lagi sedap berbanding masa korang ada..


Bulan Ramadhan di ASiS juga diisi dengan aktiviti Ihya' Ramadhan. Macam-macam aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan. Paling mencuri tumpuan, kuiz setiap pagi. Semua nak berebut mikrofon! Aku tak lupa jugak kenangan aku masa tingkatan 4, apabila aku melantunkan suara aku untuk meriangkan hati warga ASiS yang excited nak pulang berhari raya, pada hari terakhir persekolahan sebelum hari raya tiba. Aku nyanyi lagu dari Raihan, Nowseeheart, Ajai dan Rem, bertajuk "Lebaran Ini". Kelakar bila aku fikir balik kenangan tu. Masa tu 'kanak-kanak' lagi la.. :)


Cukup la setakat ni aku mengimbau kenangan, pengalaman berpuasa di SM Sains Alam Shah, ASiS. Harap memori silam akan kekal abadi di minda setiap di hati kita.


Jangan biarkan memori silam mengongkong diri anda, namun jadikanlah ianya sebagai penyembuh rindu.



19 Ogo 2011

Visa + ASiS + Bangi

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Entri kali ni tentang aktiviti aku minggu lepas, ke Lembah Klang. Tujuan utama adalah untuk:


1. Buat visa
2. Interview Perdana University


Memandangkan aku dah cerita pasal PU dalam entri lepas, so takde lagi cerita pasal PU-RCSI yer. Yang ada cuma citer aku buat visa, melawat SM Sains Alam Shah (ASiS) dan jugak ke Bangi.


Aku bertolak ke KL pada hari Rabu (10/08/11).. Perjalanan aku ke KL pada awalnya sudah diduga dengan satu cabaran. Sepatutnya aku perlu turun bas di Hentian Putra, KL.. Tapi sebab ngantuk sangat, terlajak sampai ke Stesen Bas Ekspres Seksyen 17, Shah Alam. Nasib baik tindakan refleks aku amat pantas. Sebaik sahaja aku sedar yang aku terlepas turun tu, aku terus call member aku yang stay kat Seksyen 17. Aku pernah pergi rumah dia masa cuti Semester 1, sebelum exam MUET. Nama glamour dia Pakya Hussin. Nasib baik dia dapat tolong. Lepas balik solat Subuh kat masjid dekat-dekat situ, Pakya Hantar aku ke KTM Shah Alam. Nak naik KTM tu, ya ampun.... Teruknya! 2nd tren baru aku boleh naik. Dah macam ikan dalam sardin je aku tengok. Sabo je lah.


Bukti aku naik KTM dari Shah Alam..

Akhirnya, aku berjaya sampai kat LRT Masjid Jamek, walaupun mengalami banyak kelewatan, 'terima kasih' kepada kecuaian sendiri yang tertidur dalam bas. Alhamdulillah, kesilapan tu tak menjejaskan rancangan aku nak buat visa. Kat mana? Kat Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur. Senang citer, kat area Dataran Merdeka.


Ejaan lama eh?


Aku ke sana dengan Hanif Tarmizi, bakal coursemate aku kat sana, sama-sama dalam satu pengajian masa kat PASUM hari tu. Mula-mula cemas jugak nak mencari Pejabat Visa India. Namun, berbekalkan naluri seorang pengembara yang aku miliki (ececeh... terperasan pulakkk), akhirnya jumpa jugak dengan India Visa Centre. Sebenarnya mudah nak jumpa tu sebab aku baca post orang yang dah buat visa kat group USM-KLE, dan dah tengok awal-awal kat Google Earth. No GPS is required! Hehe..


Terer kan aku ngan Hanif?? Hehe.. Terpuji diri sendiri lak. Senang je lokasi dia, betul-betul depan Agro Bank.


Buat visa tu kejap je, sebab kitorang datang awal. Lepas tu, nak pergi ke pejabat MARA, nak submit borang. Masa aku tengah semak borang-borang tu, ada sorang mamat ni tegur aku, dia tanya, "Awak ni nak pergi India yang program USM-KLE tu ke?" Aku pun jawab, "Ha'ah." Jumpa bakal coursemate kat sana nampaknye lagi sorang. Hehe.. Nama dia Fakih, umur 20 tahun, dari Taman Silibin, Ipoh, baru lepas grad dari program International Baccalaureate (IB) kat Kolej MARA Banting. Program USM-KLE ni bukan untuk lulusan Matrik / Asasi je, tapi terbuka jugak kepada lulusan IB, A-Level dan setaraf. Lepas dia siap buat visa tu, dia ikut aku dan Hanif ke pejabat MARA. Fakih expert bab ke pejabat MARA ni, sebab dah beberapa kali dia pergi sana.. Aku je yang tak pernah pegi. Adehhh...


Maka dipendekkan cerita, siaplah sudah urusan di pejabat MARA, Fakih nak balik ke Ipoh, tapi aku tersilap bagi arahan kat dia, suruh naik KTM Komuter.. Aku ingat dia nak pergi rumah pak cik dia kat Segambut. Maaf ya! Aku difahamkan yang dia patah balik semula untuk ke Puduraya. Aduhai.. Rasa bersalah pulak teraniaya orang bulan-bulan puasa pulak tuh. Semua ni miscommunication je! :D


Lepas dah siap segala urusan di pusat bandaraya Kuala Lumpur tu, aku ke kawasan Cheras pulak, Bandar Tun Razak. Takde keje lain dah kalau ke sana, melawat sekolah yang aku sayangi, SM Sains Alam Shah (ASiS).


ASiS pada tahun 2013, insyaAllah. Bangga aku sebagai seorang warga OASiS. [credit to Facebook Penolong Kanan Akademik ASiS, Encik Razmi bin Abdul Razak]


Walaupun aku keseorangan, namun aku tetap bersemangat untuk bertemu guru-guru dan kakitangan ASiS. Buat apa nak malu kan, diorang la yang banyak berjasa kepada aku selama 2 tahun kat situ. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menahan homesick. Hehehe.. Harapan aku agar kedatangan aku ni disenangi oleh mereka, dan agar ikatan silaturrahim antara kami tidak renggang walaupun terpisah dari segi jarak dan masa.


Tujuan utama aku ke ASiS adalah untuk memberitahu bahawa aku akan melanjutkan pelajaran ke India bulan depan. Cikgu-cikgu ASiS memang menggalakkan bekas pelajar datang ke situ, sebagai tanda ingatan terhadap mereka. Aku kagum dengan amalan bekas-bekas pelajar ASiS masa aku tengah belajar kat situ. Sebab tu aku terpanggil untuk meneruskan amalan tu.


Cikgu-cikgu pun nampak gembira je hari tu, senang hati aku.. Sebenarnya masa tu tengah trial SBP. Ada yang kena jaga exam, ada yang tengah menanda kertas, ada juga yang buat kerja masing-masing. Bulan puasa kan biasa la, meriah kat ASiS, ada program Ihya' Ramadan, tapi tahun ni ASiS gabungkan sekali dengan program Bulan Patriotisme. Yang tak boleh blahnye, kalau aku pergi jumpa cikgu-cikgu, mesti diorang kata, "Berisi nya awak.." Aduhh.. Memang berisi, sebab beza 15kg daripada zaman ASiS dulu. Tapi lama jugak aku spend masa kat sana, dari pukul 12.00 sampai kul 4.15.. Banyak bercerita kan.. Bukan dengan cikgu-cikgu sahaja, dengan kakitangan sekali, terutama kat pejabat tu. Bila la aku boleh sampai ke ASiS lagi? 


Dipendekkan citer lagi, aku pun terus ke Bangi. Naik kat KTM Bandar Tasik Selatan, turun kat KTM UKM. 


Buktinya aku turun kat UKM. Hehe.. Terjumpa junior aku kat ASiS dulu, Anwar Afifi kat sini. Dia study kat MFI.


Sampai sini je aku naik KTM kali ni, tak sampai kat Seremban. Rindu pulak nak berjalan kat sana.


Senawang ngan Sungai Gadut tak update lagi..

Kali ni, aku ke rumah Atiff Ghazali pulak. Dulu dia stay kat USJ 11.. Dah pindah dua bulan lepas kat Seksyen 1, Bandar Baru Bangi (BBB). Juadah berbuka yang istimewa, ada Murtabak Singapura dan jugak bubur 'Biji Nangka'. Mesti korang tak pernah dengar kan? Makanan tu popular kat Kelantan dan Terengganu. Tak tahu? Tanya la Encik Google.. Malamnya pergi tarawikh kat Masjid Jamek BBB. Sambung makan sikit lepas tu, then online, pastu tidur. Esoknya interview JPA kat UNITEN. Atiff hantar ke sana.. Dah cerita panjang lebar kan pasal kat UNITEN tu? Tak payah ulang lagi.. Hehe..


Tapi ada seorang manusia ini, datang jauh-jauh dari Kg. Dato' Harun, Petaling Jaya dalam kereta tu bila aku nak balik dari UNITEN tu. Hehe.. Oghe Kelate jugok tu, Adib Azizi a.k.a Jimok! Satu pengajian dengan aku ngan Atiff kat ASiS dulu. Adib keje kat KLCC, kat Poney. Adib ngan Atiff tu sebenarnya nak pergi pejabat JPA kat Putrajaya lepas solat Jumaat tu. Jadi, lepas drop aku kat KTM Kajang, diorang pun pergi sana.


Aku naik KTM tu, bukannya direct terus ke KTM Putra (sebab aku nak singgah kat Hentian Putra, letak bag), aku turun kat KTM Serdang dulu, sebab nak tunggu Hanif kat situ. Lepas Hanif dah sampai tu, nak naik KTM lepas tu, sangat sendat! Alhamdulillah, dapat memuatkan diri aku kat dalam tu, tapi macam-macam bau ada la.. Bukan bau 1Malaysia tau. 1Dunia. Hehe.. Bau Melayu, Cina, India, Bangladesh, Indonesia, Nepal, Mat Saleh, semua ada. Pening pulak aku kat dalam tu. Hehe.. Takpe, dugaan puasa.


Lepas settle collect visa tu, aku terus bergegas ke kawasan Wangsa Maju. Nak bukak puasa kat sana, dengan Izzat Zainal, tutorial-mate aku kat PASUM dulu. Ada kawan dia jugak dua orang, budak SEMESTA. Memang stress giler la nak sampai sana, siap kena lari-lari lagi, dah lewat. 'Terima kasih' kepada pejabat visa yang keluarkan pasport dengan lambatnya pada hari tu. Patutnya pukul 5.30 petang, tapi delay sampai pukul 6.00. Lagi panas bila ada yang potong giliran. Apa diorang fikir diorang je yang ada keje lain petang tu? Jangan la pentingkan diri sendiri.. Tolonglah beratur, kita ada adab kan.


Akhirnya sampai kat LRT Sri Rampai. Lega jugak la, berjaya sampai walaupun lewat. Bergegas la pergi kat NZ Curry House, bukak puasa kat situ.


Lokasi kejadian!

Mewah jugak aku makan, habis 15 hengget jugak la. Lepas tu, masuk Carrefour jap, diorang nak beli kertas minyak, nak buat ape entah. Lepas tu, hantar aku kat LRT Setiawangsa. Singgah McD The Mall kejap, beli burger nak buat sahur atas bas nanti. 9.30 malam, aku say goodbye la kat KL. Mungkin tak datang dah lepas ni, sebelum aku fly.


Pandai berstrategi, membuahkan hasil. Bila dah tersasar, pandai-pandailah anda untuk kembali ke landasan yang betul.



17 Ogo 2011

EPISOD 2 : Kisah Perdana University

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Entri kali ini adalah berkisarkan kisah temuduga untuk dapatkan biasiswa JPA bagi kemasukan ke Perdana University - Royal College of Surgery in Ireland (PU-RCSI). Temuduga ni dijalankan pada Rabu hingga Jumaat minggu lepas (10-12/08/11), bertempat di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Putrajaya. Aku terpilih untuk sesi pada 12/08/11, hari Jumaat.




Nak cerita part interview dulu, baru cerita benda-benda lain.


Inilah lokasi kejadiannya...


Temuduga kali ni agak mencabar, kerana panel temuduga yang agak rigid. Dua orang doktor, kedua-duanya wanita telah menemuduga aku, sorang dari Hospital Putrajaya, dan sorang lagi dari UNIMAS. Format temuduga adalah two-to-two, iaitu dua orang penemuduga, dan dua orang yang ditemuduga. Sorang lagi yang bersama aku dalam bilik interview tempoh hari adalah bekas pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan juga Pusat Asasi UiTM Puncak Alam. (Nama dia lupa pulak, sori!). Tak ramai pun yang hadir temuduga pada hari tu, aku anggarkan dalam 20 orang je.


Soalan yang ditanya pula, tidaklah sukar. Tak ada case study pun, soalan yang paling sukar nak dijawab pun adalah "Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang doktor yang ada pada diri anda?" Rashdan, goreng saje. :)


Cuma, yang peliknya, diorang pulak yang lebih banyak bercakap berbanding kitorang. Aku pulak yang confuse, sape yang kena interview ni sebenarnya? Pening... Siap bagi ceramah lagi, sebab pointer kami berdua ni lebih kurang je - aku 3.55, budak perempuan sebelah aku tu either 3.56 or 3.54.. "Adakah kamu yakin bahawa kamu boleh menyinar di PU-RCSI? Lihat pointer kamu ni, bukanlah berada pada tahap tertinggi. Kursus perubatan adalah sangat kompetitif." Sikit pun tak jadi calar, apatah lagi kudis, puan berdua. Aku dah buktikan, bahawa aku mampu dapatkan tempat untuk temuduga tu, setanding dengan mereka yang 4.00 pun. PASUM hari tu, aku anggap sebagai 'sedu' sahaja, kerana aku masih terbayang kejayaan silam sewaktu UPSR, PMR dan SPM. Aku ada kekuatan itu, tapi di PASUM, hilang seketika. Lagipun, aku dah janji dengan diri aku, peluang kedua takkan disia-siakan!


Tak terasa hati pun, sebab aku faham statement dia tu, bukan nak perlekehkan aku pun, cuma nak tengok sama ada aku yakin atau tidak. Kalau aku tak layak, mesti tak dapat temuduga ni, kan? Mungkin ada markah bonus di situ. Terpilih atau tidak, itu aku tolak tepi, sebab aku dah ada satu tawaran dalam tangan. Kesian pada budak perempuan tu, tak dapat tawaran UPU pun. Aku siap dapat offer pegi India lagi. Itu yang dia berharap sangat dapat PU-RCSI. Aku bagi dia banyak ruang untuk bercakap, supaya aku dapat membantu dia secara tak langsung, sebab aku patut serahkan peluang ni kepada orang yang lebih berhak, iaitu kepada mereka yang tidak mendapat apa yang dihajati dari UPU. Memang niat aku ke temuduga tu untuk test power je, tapi kalau seandainyaaku terpilih, macam mana ya nanti? Rilek dulu...


Di kesempatan ini, aku ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada pihak keselamatan UNITEN kerana sudi membantu aku yang kehilangan arah pada awalnya. Ye lah, bukannya aku masuk hari-hari kat UNITEN ni. Ni baru kali kedua aku masuk kawasan UNITEN, kali pertama masa bulan 6 tahun lepas.


Bila sampai sini, terus hilang punca.. Ekeke..

Bila dah sesat tu, aku terus la jalan pergi kat pondok jaga tu. Memandangkan aku dah pening tahap gaban, pak guard tu dengan bermurah hatinya, sudi nak hantar aku kat Kolej Pengajian Asasi dan Umum, tempat aku bakal bertemuduga.


Bukan naik ni! Naik motor saje.. Tu pun dah alhamdulillah, ada gak orang nak tolong.

Selamat Jalan, see you again, tak tahu bila. Bukannya aku nak belajar kat UNITEN pun. :D


Maka, bertambah satu lagi pengalaman temuduga aku, dan insyaAllah, pengalamanlah yang akan mematangkan aku. Harapan aku begitulah. Aku bukannya pergi KL hari tu untuk temuduga ni semata-mata. Ada lagi tujuan lain. Nak tahu? Tunggu entri seterusnya..


Pengalaman mendewasakan, mematangkan fikiran.



14 Ogo 2011

EPISOD 1 : Kisah Perdana University

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Peluang aku untuk melanjutkan pelajaran mungkin makin bertambah, apabila aku terpilih ke temuduga kemasukan ke Perdana University.


Inilah programnye...


Temuduga kemasukan ke PU ni adalah pada 4 Ogos lepas... Sejurus selepas pulang dari Seremban, aku dengan directnya ke Kompleks MAEPS, kat Serdang, di mana PU ni terletak. Agak lewat jugak ketibaan aku kat KTM Serdang, 'terima kasih' kepada KTM Komuter yang lembab pada hari tu. Tahniah, 3.30 petang baru sampai kat KTM Serdang, padahal interview aku pukul 3.30 dah. Cuak gak la, sebab orang kat PU dah call aku masa kau dalam tren, aku bagitau la, aku on the way, tapi aku tetap akan datang... Darah aku dicekik, tambang teksi satu hala dari KTM Serdang ke MAEPS tu dah 24 hengget... Kalau dua hala? 48 hengget la.. Aiyakkk!


Aku ditemu duga oleh seorang Mat Saleh berpangkat Professor.. Lupa pulak nama dia, tapi dia bagus, sebab tak tanya soalan yang kejam untuk aku.. Hehe.. Soalan standard je.. Macam perkenalkan diri, kenapa memilih program ni, tapi agak lama ditemu duga, dalam 10 minit jugak. Format temu duga, macam ni... Aku ditemu duga secara individu. Panel temuduga pulak, ada dua orang... Sorang lagi, mamat India, dia tak banyak tanya. Alhamdulillah, dapat lepas temuduga dengan jayanya... Bertambah lagi satu pengalaman temuduga.


U-Turn? Hehe..


At level 1 la...

Inilah tempatnya Perdana University menumpang. Tempat ni, kalau ada pameran MAHA, penuh kowt! Aku dah datang sini tahun lepas...


Lepas habis temuduga, aku ke KLCC.
Tak shopping pun...


Mahu berbuka bersama Umar Imarah, seorang sahabat di PASUM. Gambar kat Facebook tak jumpa cari pulak dah. Tapi beliau bagus, ada blog yang mantap. Klik kat SINI kalau nak baca... :)


Umar dah nampak lain, sebab dia dah simpan janggut. Makin kacak nampak? Hehe... Mula-mula, aku tak cam dia, dua kali tengok baru kompem.. Alhamdulillah, ada rezeki akhirnya untuk jumpa dia, setelah 4 bulan tak jumpa. Aku bukak puasa kat food court KLCC la hari tu, makan ni:


Nasi lemak! Takde la mahal sangat, RM8.50 je...


Lepas tu, bersolat Maghrib la kami di Masjid As- Syakirin, tapi aku jamak sekali la, kata musafir kan.. Lepas tu, duduk masjid kejap, sembang sikit sebanyak, 8.40 malam, berpisahlah aku dengan Umar, semoga ada kesempatan yang lain untuk kita bertemu, kalau bukan di alam nyata, dalam mimpi sudah memadai. Sukar untuk aku jumpa kau lagi lepas ni.


Pukul 9.30 malam, aku bertolak pulang ke Kota Bharu, tapi aku tertinggal sesuatu la kat Seremban ngan KL. Tertinggal apa? Tertinggal kenangan. Ya Allah, aku bersyukur dan berterima kasih kerana ada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang sanggup melayan kerenah aku ni. Tanpa mereka, sunyi sepi hidup aku. Aku harap, ukhuwah yang bertaut akan terus kukuh, di bawah naungan kasih sayang dan keredhaanMu..


Episod kedua, mengenai temuduga JPA untuk ke UP, akan menyusul kemudian..

Setiap pengorbanan, akan ada balasan tersendiri.

10 Ogo 2011

Seremban Lagi Sekali..

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Ke Seremban pulak dah aku ni, kali kedua dalam masa sebulan. Niat asal nak jumpa cikgu aku yang pernah berkhidmat kat ASiS, tapi ada aral melintang pulak, so tak jadi. Tinggal nak lepak di sana sementara menunggu temuduga Universiti Perdana..






Lama jugak perjalanan ke Seremban. Dua kali berhenti tuh. Sekali berhenti kat Merapoh, Lipis.. Lepas tu, kat Kajang pulak, berhenti solat Subuh. Pukul 8 pagi, sampai jugak akhirnya kat Terminal One, Seremban. Call la seorang insan ini, kawan baik aku, Sufi a.k.a Jen. Ni kali kedua menggunakan perkhidmatan beliau untuk bersuka ria di Seremban. Ingat tak lagi entri yang bertajuk 'EPISOD 3: Jelajah Lagi' bulan lepas? Entri tentang trip aku ke Seremban? Tak ingat, klik kat SINI. Alhamdulillah, ada kawan baik di Seremban, bolehla bawak aku pergi ronda-ronda lagi. Balik rumah dia kat Senawang, rehat kejap, lepas tu keluar lagi..

Ibarat mengulang plot lawatan aku ke Seremban macam hari tu, aku sekali lagi bertemu dengan Amirul Fatih, kawan baru nak kenal. Sama jugak, kami ke Jusco Seremban 2. Buat apa? Mula-mula, tengok wayang.. Aku dan Jen tengok citer 'Captain America', Fatih pulak tengok 'Hangover : Part II'. Sekarang, baru aku tau, kenapa orang suka tengok wayang. Nyesal kutuk-kutuk orang dulu. Hahaha.. Lepas tu, main boling...

Main dua game, tengok hasilnya... Hehehe...

[USB 20 = Fatih
JENDOL = Sufi @ Jen

USB 20 tu sebenarnya nak buat USB 2.0, tapi takde la pulak butang titik kat situ. Haha.. Yang Jendol tu Fatih edit, sebab mula-mula Jen letak nama kat dia 'Patih Gajah Mada'.. Haihhhh.. Macam2 lah!]

Game 1:

Aku berjaya membentuk tali pinggang X-Men (kata mereka berdua).. Tengok frame nombor 8.. Jen dapat 0 jugak, hasil kutuk aku mula-mula. Haha.. Sikit je markah nye, tak pro pun aku main.. Just for fun la katakan...

Game 2:


Sekurang-kurangnya ada peningkatan. Hahaha.. Walaupun diprovokasi secara halus dengan semangat kenegerian (Hahaha.. Tak terasa pun.. Kata gurau-gurau je.. Jen, kau pun separuh Kelate la.. Jangan nak mengada..Aku pun separuh Kelate gak weh, cuma aku dibesarkan di sini.. Jadi la rakyat Kelate..) , tapi aku masih mampu dapat no.2 untuk game kali ni, walaupun beza cuma satu pinfall je. Haha.. Walaupun hakikatnya skor rendah tuhh.. Tu pun aku dah bangga giler, at least tak kalah teruk 'di tempat lawan'.. Haha.. Siap punch the air lagi. Berjaya meng'gomo' seorang dari mereka. Haha.. Semangat macam main bola.. Gomo Kelate Gomo! Takpe, nanti korang datang main boling kat KB, aku belasah korang teruk-teruk.. Haha..

Lepas tu, pergi ke SMK King George V.. Ambik adik Jen yang bernama Khairul Naim. Dia stay kat asrama, tapi boleh je kalau nak keluar. Lepas ambik beliau, pergi lah ke Seremban Parade, membeli-belah.


Gambar ni aku ambik masa nak naik KTM dari Seremban ke Serdang..


Jen nak bawak kitorang pergi kat satu kedai jual seluar jeans ni, Pertama Jeans.. Aku berjaya mengangkat satu seluar jeans jenama Lee yang berharga... Rahsia. Hahaha... Lepas tu, terus hantar Naim balik rumah, sebab dia nak pergi tuisyen. Aku, Jen, Fatih lepas tu pergi ke Terminal One la pulak. Nak beli baju pulak.


Aku berjaya mengangkat sehelai baju di sana, sangat seronok. Hahaha.. Harga masih rahsia. Lepas tu, singgah kat Kolej MARA Seremban, nak bagi kiriman dari cikgu aku kepada anak dia yang belajar kat sana. Tak sempat jumpa kawan-kawan, sebab diorang ada program masa tu, dan jugak, masa tu dah lewat.. Kesal jugak, tapi nak buat macam mana.. Then, hantar Fatih kat rumah dia kat Sg. Gendut Gadut, susah la pulak nak jumpa beliau lepas ni. Dia nak ke US kan..


Berbuka puasa ni yang best. Makan roti jala.. Mana nasi nye? Ikut budaya keluarga Jen, malam sikit baru makan. Bukak puasa, makan ringan-ringan je. Sedap roti jala tu, kuah kari yang memainkan peranan utama.. Makan masakan tu rasa macam ada kat rumah je, mak Jen orang Kelantan tu, dah la orang Jeli jugak.. Hehe.. Orang Kelantan memang pandai masak. Setuju kan?


Aku kagum dengan keluarga Jen, sebab waktu berbuka diorang memang bagus. Lepas makan kurma, kuih, minum air, terus solat, berjemaah pulak tu. Lepas tu baru sambung makan. Makanan diorang macam makanan Cina, diorang kata.. Makan rendang pun, rendang itik. Sedap woi! Rempah semuanya mak Jen yang sediakan, abangnye yang gaul itik-itik tu semua. Gaul itik? Ishhhh.. Tak rasa pelik ke ayat tu?


Malam tu, pergi bazar dekat Dataran Senawang. Besar, dahsyat tempatnya.. Tak tipu punye. Penat jugak berjalan, rambang mata jugak nak memilih benda yang nak dibeli. Akibatnya? Tak beli apa-apa la pulak. Fikir-fikir balik, rasa kesal gak. Patutkah aku pergi lagi sekali kat sana? Tengok kalau ada rezeki lagi, aku ke sana.


Badan pun dah panas semacam je malam tu, aku dah niat nak cancel plan aku ke interview Universiti Perdana, dan tukar plan, nak ke pejabat MARA. Aku pun mintak la ubat dengan Dr. Sufi.. Belum apa-apa lagi kan.. Kawan-kawan aku ramai jugak yang bakal menceburi bidang kedoktoran ni.. Seronok pulak rasanya..


Esoknya, sahur makan nasi dengan rendang itik yang sedap tu dan jugak air glukosa.. Tambah pulak sengan sekeping keju. Sedap jugak makan keju sekeping camtu, dengan air glukosa. Aku niat nak cuba la.. Aku dah mula dah buat macam tu kat rumah sekarang ni... Terbukti berjaya! Macam seharian tu kan, tak rasa penat, walaupun aku berjalan jauh.


Waktu siang tu pun, aku dah rasa sihat, mungkin sebab bantuan glukosa tu.. Terbaca pulak dekat facebook, yang surat tawaran MARA telah dipos... Jadi, aku ubah fikiran, aku tak ke pejabat MARA, tapi akan ke interview Universiti Perdana! Mengada betul lah aku...


Sebelum aku berangkat tu, Jen ada bagi aku sehelai baju yang dia tak pernah pakai, mugkin sebab terlebih saiz kot. Nice baju tu, warna hijau. Kalau aku pakai nanti, masuk blog ni, aku mention la nama kau, Jen. Hehe.. Menggelabah je aku nih. Terima kasih Jen.. Selama ni, jarang aku dapat pemberian macam tu.


Dalam pukul 2.00 petang camtu, aku dihantar ke KTM Seremban, menuju ke KTM Serdang.. Sempat touching sikit saja dengan Sufi, aku cakap, "Kalau ni last time kita jumpa, harap lepas ni contact-contact la.." Aku harap tak lost contact lah dengan Sufi, sebab aku perlukan buah fikiran dia yang jauh lagi matang dari aku. Bukan mudah mencari sahabat yang 'boleh pakai', ibarat mencari permata di celahan kaca. Harap tunas persahabatan yang baru berputik akan tumbuh menjadi sebuah pohon yang berbuah. Bukan kepada beliau sahaja, kepada kawan-kawan lain yang baru aku kenali. Ibarat kata Sufi, "Tolak cuti, 8 bulan je semua orang jumpa kat PASUM. Bukan lama pun." Sebab tu la aku nak kenal kawan-kawan aku dengan lebih lanjut..


"Hidup ni biarkan ia mengalir seperti air, yang lepas biarkannya mengalir," kata Sufi lagi, bila aku cuba mengungkit kehidupan lepas. Terus terang aku katakan, kehidupan waktu lalu memang membuatkan aku rendah diri, tapi kini aku mulai mendapat keyakinan. Terima kasih, Mohamad Nur Sufi bin Firdaus Gan @ Jen @ Mat Nur. :)


Interview Universiti Perdana macam mana? Tunggu entri seterusnya.....

Rindu Seremban pulak dah,
Rashdan Roslan