31 Jul 2011

Ramadhan Datang...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Pertamanya, aku mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T., kerana dengan keizinanNya, dapat aku bertemu lagi dengan bulan Ramadhan al-Mubarak untuk tahun ini.


Bulan yang penuh keampunan dan keberkatan ni, begitu dinantikan oleh orang Muslim yang mukmin, tapi tak pulak disenangi oleh mereka yang lemah imannya. Kita tergolong dalam golongan mana? Tepuk dada, tanya iman. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, "Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan ramadhan mereka pasti mengharapkan biarlah ramadhan itu sepanjang tahun”. (Riwayat At-Tabrani)


Harapan aku cuma satu, agar dapat bersamanya sehingga ke akhirnya dan bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun-tahun yang mendatang. Ketika entri ini ditulis, baru satu malam tarawikh telah selesai dilakukan. Maka, kini bermula ujian sebenar daripada Allah. Ada berani ke anda menyahut cabaran ni? Mahuu ke tak mahu, setiap orang Islam itu wajib berpuasa kalau takde uzur syarie. Kalau nak rasa naik van mayat time bulan puasa ni, janganlah puasa, pastui kantoi, heboh satu kampung. Tu baru malu kat dunia, kat akhirat lagi malu bila berdepan dengan Allah yang Maha Esa.


Aku mewakili admin blog ni (padahal aku sendiri yang admin), mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di seantero dunia, dengan harapan agar kita diberi kekuatan fizikal dan mental untuk menempuh sebulan ini dengan jayanya. Jangan tipu-tipu puasa, Allah nampak! Jangan sekadar puasa makan dan minum je, banyak lagi benda kena kawal.






Akhir kata... Kuruskan badan, gemukkan iman!


Insan biasa,
Rashdan Roslan

27 Jul 2011

Ke Luar Negarakah?

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Hari ni... 27 Julai 2011, bakal menentukan kursus apa yang akan aku ambik lepas ni. Masalahnya, aku dapat dua tawaran kan. Pertama, ke UiTM Puncak Alam, kedua ke India, belajar medic, bawah USM. Semestinya, aku nak masuk medic, sebab cita-cita aku nak jadi doktor... Tapi, adakah hasrat aku tu akan berjaya? MARA yang bertanggungjawab, sebab MARA akan sponsor pengajian aku, 400 ribu tu untuk lima tahun! Kalau aku dapat MARA, aku akan ke India la jawabnya. Jadi, aku dapat tak ni? Tengok perkataan 'MARA' yang akan tertera kat bawah ni, sama ada MERAH atau HIJAU. Kalau merah, maknanya tak dapat la. Kalau hijau, maknanya dapat. (Macam rancangan Jangan Lupa Lirik pulak.. Haha.. Scroll la ke bawah ek. Hehe...)













































































MARA

Alhamdulillah... Allah makbulkan doa aku, keluarga, cikgu-cikgu dan kawan-kawan sekalian. Termakbul juga hasrat aku untuk dapat medic, dan ke luar negara. Untuk pengetahuan semua, aku dah lama padam hasrat aku ke luar negara, sejak masuk PASUM. Aku dah bertekad untuk belajar di Malaysia je. Dah lama pasrah dan redha dengan ketentuan Allah.  Tebalnya perasaan rendah diri sewaktu semester 1, sehingga merosakkan result sendiri, sebab masih sukar untuk terima hakikat pada masa tu, bahawa aku tak dapat ke luar negara. Tapi sedikit demi sedikit, aku meraih kekuatan dalam diri aku.. Berkat usaha sendiri dan bantuan kawan-kawan, alhamdulillah, aku berjaya bangkit semula pada semester 2, walaupun hanya sedikit peningkatan ditunjukkan. Kalau tiada peningkatan tu, tak mungkin aku akan dapat tawaran ke luar negara.


Kenapa tak mungkin? Sebab syarat untuk memohon ke program USM-KLE ni, memerlukan PNGK minimumnya 3.50, MUET Band 4. Semester 1, aku dapat hanya 3.44, tak layak kan? MUET aku dah Band 4.. Tapi, aku masih tak berputus asa.. Sebelum peperiksaan semester 2, aku memohon untuk program tu. Aku tak menaruh harapan tinggi, dengan niat, nak test power je. Aku sedar, pointer aku tak seberapa. Tapi, aku masih tak berputus asa. Keputusan semester 2, aku dapat PNGK 3.55. Tak la segempak kawan-kawan lain di PASUM, yang ramai jugak kawan baik aku dapat 4.00. Sedih jugak la, tapi nak buat macam mana, aku pasrah je. Aku dah berusaha sedaya-upaya, dah banyak kudrat, keringat yang digunakan. Ada kalanya, air mata ada sesekali menitis, bukan tanda putus asa.


Result yang biasa sahaja tu menyebabkan aku terlupa bahawa aku pernah mohon program tu. Sehinggalah pada suatu hari, awal bulan Julai, pihak USM hantar SMS kat aku, kata aku dapat temuduga. Sekali lagi, apabila dapat tahu, aku takde la gembira sangat, sebab aku tahu result aku biasa-biasa saja. Kalau dapat tu, kira macam rezeki dan keajaiban la. Aku pun berniat pada awalnya, nak ke temuduga tu, untuk mengutip pengalaman temuduga. Lagipun, apabila aku tengok kos belajar kat sana, dalam 400 ribu hengget Malaysia untuk lima tahun, aku rasa macam serba salah. Kalau takde tajaan, nak pergi macam mana. Family aku bukannya kaya pun.


Sehinggalah pada hari temuduga tu, aku diberi borang pinjaman pelajaran MARA, di situ mula terbitnya harapan aku untuk program ni. Ibarat mati hidup semula. Ibarat bakal diberi peluang kedua, setelah kegagalan untuk mencapai keputusan yang terbaik di PASUM. Harapan aku hanya satu, agar ditawarkan program tu.


Jumaat, 22 Julai 2011. Aku dapat tawaran dari UPU, ke UiTM Puncak Alam, kursus Optometri, iaitu pilihan ke-8 aku. Alhamdulillah, sangkut jugak, sekurang-kurangnya tak la kena lelong, macam ramai kawan aku kena tahun ni. Walaupun PNGK mereka lebih tinggi atau setara, ada jugak yang kena lelong. Sistem UPU tahun ni menimbulkan kemusykilan. Aku dah cukup bersyukur ditawarkan kursus Optometri. Tapi, ada kawan aku hantar mesej pulak, selang 5 jam kemudian, katanya suruh check keputusan interview hari tu. Aku check, dan alhamdulillah, dapat tempat di sana. Tapi, persoalan masih ada, MARA nak taja ke tak ni? Baru je sebelah kaki aku kat India kalau macam nih.


Dari hari tu hingga hari ni, aku tak henti-henti berharap agar pihak MARA sudi taja aku. Harapan aku bertukar menjadi realiti hari ni! Alhamdulillah, kalau dah rezeki tu tak ke mana. Mungkin Allah berikan ujian kepada aku masa asasi, nak suruh aku rasa macam mana berada di bawah, selalunya aku hanya berada di zon selesa aku je. Allah nak uji aku ni boleh sabar ke tak. Kesabaran aku tu berbaloi, aku tak pernah putus harapan. Terima kasih kepada keluarga, pensyarah, tutor dan kawan-kawan (nak sebut kat sini ramai sangat) yang beri dorongan kat PASUM dulu... Jasa anda akan aku kenang sampai bila-bila.






Ok, dah habis part serius. Jadi, tolak campur tinggal 44 hari sahaja lagi aku di Malaysia oh tanah airku ni.. InsyaAllah aku akan fly pada 9 September nanti kat KLIA, ke India, tapi daftar dulu kat USM Kubang Kerian, Kota Bharu (wahhhhh.. jauh 'sangat' dari rumah aku) nanti 6 September. Orientasi kejap je. Sape yang ada kelapangan tu, bolehlah datang kat sana, jumpa aku. Tapi kalau tak datang pun, aku faham. Masa aku nak fly tu, dah malam. Lagipun, ramai kawan aku yang baru je daftar kat U masing-masing, masuk ijazah... Tapi harap dapat jumpa korang untuk kesekian kalinya sebelum aku fly, ek?


44 hari ni akan jadi sangat sibuk untuk aku. Dari segi fizikalya, aku sudah sedia, dari segi mental pulak dah sedikit bersedia, dari segi materialnya belum sedia apa-apa lagi. Pasport, visa, barang-barang belum ada la... Macam mana tuh? Pening pulak kepala aku ni jawabnye. Tapi yang best, kena turun KL lagi, buat visa. Sambil menyelam minum air kan, so boleh jumpa kawan-kawan lagi yang stay kat sana... Boleh shopping raya sekali, mungkin. Nak kena melawat ASiS lagi, kena bagitau la cikgu-cikgu, nanti diorang merajuk dengan aku karang, tak pasal-pasal.. Hehe.. Cikgu aku dulu pesan suruh pergi sana dulu kalau nak fly.


Jadi, aku memohon kesempatan ni, nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan aku yang berjaya dapat program macam aku ni, dengan pesanan, JOM PEGI INDIA!

Bakal doktor,
Rashdan Roslan

26 Jul 2011

EPISOD 4 : Jelajah Lagi!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Episod 4, atau episod terakhir ni berkisarkan penjelajahan aku kat Perak pulak.. Dari Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, aku menuju ke Batu Gajah dan jugak Ipoh.. Tapi aku ke Batu Gajah dulu....


Aku naik KTM je pergi sana... Mula-mula, naik KTM Komuter dari KTM Seremban sampai ke KL Sentral.. Elok je masa Jen hantar aku kat situ, tren yang menghala ke KL Sentral pun sampai. Pandai kan kita timing, Jen? Haha.. Bergegas la aku berlari masuk tren. Fuhhh.. Kalau tak, tunggu lama sikit lah. Sejam setengah lepas tu, sampai la aku ke KL Sentral. Tunggu tren yang katanya pukul 2.56 petang tu.. Tengok2, pukul 3.20 petang baru sampai, 3.30 petang baru gerak. Panas je aku!!


Dalam tren tu, aku duduk sebelah sorang pak cik ni, nak pegi Batu Gajah jugak. Sembang-sembang sikit, aku kan pelancong. Hahaha... Sepanjang perjalanan, aku tak tidur, nak tengok pemandangan, dan jugak talut terlepas stesen. Tak pasal-pasal terlajak sampai Butterworth kang. Hehe... Macam-macam jugak jadi sepanjang perjalanan tu, macam kekecohan dalam tren sebab ade mamat ni naik tren tu, tapi tak bertiket. Ada jugak sorang aunty ni makan bubur durian dalam tren. Tau la tengah musim durian. Hehe.. Aunty, satu tren boleh tau aunty makan tau! :)


Maka, dalam pukul 5.40 petang, tibalah aku kat KTM Batu Gajah.. Ni kali kedua untuk aku ke Batu Gajah, dan menaiki KTM ke sana.


Stesen KTM Batu Gajah...

Dah sampai Kelantan ke? Haha... Kat Perak ada jugak nama tempat, KB... Tapi ejaan dia tu lain la..

Sekali lagi, aku mengunjungi kawan baik aku, yang dikenali dari kecik lagi, iaitu....



Nama dia Mohd Syamer bin Latef. Aku panggil dia Syamer atau Memer je.. Hehe.. Kitorang dulu satu blok masa kecik-kecik. Rumah aku tingkat 3, rumah dia tingkat 9. Satu kelas dengan aku sampai darjah 3, lepas tu pindah ke Paloh, Gua Musang.. Sejak tu, lost contact... Bulan 5 tahun lepas, dengan izin Allah, beliau terjumpa aku kat Facebook. Allah pertemukan kami semula, alhamdulillah. Ada rezeki lagi untuk teruskan persahabatan dengan dia, walaupun hampir 10 tahun terpisah. Tahu tahu je, dia dah pindah ke kampung dia, kat Batu Gajah tu la.. Hehe.. Kami memang ngam giler! Sekarang pun sama jugak, cuma terbatas dengan jarak je.. :)


Dipendekkan citer, pulanglah aku ke rumahnya.. Jerebu kuat jugak kat sana masa tu. Sembang, sembang, tau je dah Maghrib. Hehehe.. Malam tu, seronok, sebab dapat main game sama-sama, Need For Speed Most Wanted. Aku kalau game racing ni, memang tak dapat dipisahkan la. Sape menang? Aku la.. Hehe.. Online sampai malam, pastu tidur...


Paginya, extend tidur lepas Subuh, ngantuk la.. Semalam yg sangat penat.. Lepas panjat Broga, gerak dari Seremban sampailah ke Batu Gajah. Mencabar kan? Hehe.. Bangun je, dah pukul 11, lagi sejam nak tahu result UPU! Rumah dia la yang menjadi saksi bahawa aku dapat masuk UiTM Puncak Alam, course Optometri. Syamer pulak, dapat masuk UPM, course Major Kimia Petroleum. Sekalung tahniah buat kami berdua. Hehe... Sibuk giler melayan peminat kat Facebook, duk asyik tanye, "Dapat mane?" je...


Petang tu sebenarnya, nak panjat Gunung Keledang. Diorang kononnya nak buat suprise kat aku. Sekali, diorang pulak kena suprise. Hehe... Hujan pulak petang tu, so tak boleh pegi. Duduk je la kat rumah, balas komen.. Ada hikmah jugak, petang tu aku boleh check USM-KLE aku tu. Aku dapat! Alhamdulillah.. Maknanya aku ada peluang nak ke India, tapi kena tunggu sponsor MARA...


Seronok la dapat spend masa ngan Syamer, bukan selalu dapat jumpa. Tak pergi jalan-jalan sangat pun, aku tak kisah. Masa berkualiti bersama mereka lebih penting. Dipendekkan cerita lagi, esoknya, pukul 11.30 pagi, Syamer hantar aku kat Ipoh.. On the way tu, aku jumpa benda ni:


Cool kan, kat Batu Gajah, ada lagi yang guna kereta lembu...

Ipoh tu aku ke area Gunung Rapat, nak bertenggek kat rumah Zafiq kejap, sementara menunggu bas untuk pulang ke Kota Bharu pada malamnya..


Beliau terkenal dengan spek putihnya di PASUM.. Hehe... Aku masa hujung PASUM dulu baru kenal budak ni, selama ni tak pernah bercakap pun. Dulu segan nak tegur, ye dak? Haha.. Zafiq ni kawan dengan Amirul Asyraf, salah sorang kawan karib aku di PASUM.. Zafiq ni pun ada potensi nak jadi besties aku kalau dah kenal lama sangat. Seronok berkawan dengan beliau.


Kat Ipoh, aku pergi kat Jusco Kinta City. Ni kali ketiga aku sampai kat situ. Buat apa je kat sana? Jalan-jalan, cuci mata, makan kat Secret Recipe.. Kenangan Mengusik Jiwa... Haha.. Sape tak faham, sila rujuk entri bulan Mei 2011. Anda akan tahu.. Lepas tu, ke Burger King kat Gunung Rapat, makan-makan lah... Lepas ni yang best, buat segmen Terjah kepada Amirul Asyraf.


Beliau bekerja kat tempat ni:


TC IT Cafe tu...


Lepas tu, aku meluru masuk ke dalam CC tu, bertanya kepada beliau yang bertugas di kaunter. "Bang, nak PC sejam boleh?" Dia tengok lama-lama kat aku, then baru la tergelak-gelak. Hehe... Terkedu!!


Bang Bang BOOM!!! Hahaha... Seronok lak dapat melawat beliau. Seronok jugak bila tengok dia malu-malu. Hahaa...


Lepas sesi terjah-menerjah tu, balik rumah Zafiq sekejap, kat Taman Rapat Setia... Lepas tu, pergi Stadium Indera Mulia.. Ada IT Fair. Rugi 19 hengget di sana. Beli cooler baru. Ada la jugak cenderamata aku dari Ipoh.. Malamnya, pulanglah ke Kota Bharu.. Tiket pukul 10.00 malam, tapi ditakdirkan bas rosak, pukul 11.00 malam baru gerak. Dugaan... Paginya pukul 4.30, sampailah ke Kota Bharu...


Lengkaplah sudah siri jelajah... Dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat... Dari Kota Bharu, turun ke Pekan, Pahang. Lepas tu ke KL dan Seremban. Bukit Broga pun ditakluk. Lepas tu, dari Seremban, terus ke Batu Gajah dan Ipoh. Pulang ke rumah lepas tu. Kekurangan masa sebenarnya, sebab masa tu, masih terikat dengan komitmen kerja. Alhamdulillah, perjalanan tiada apa masalah kecil atau besar. Terima kasih kepada semua yang beri kerjasama dan pertolongan, terutamanya Sufi (Jen), Syamer dan Zafiq, sebab bagi tumpang kat rumah. Ada rezeki, kita jumpa lagi! Siri jelajah ni takkan berhenti di sini sahaja. Nak jelajah tempat baru, dan kenal kawan-kawan baru!

Pengembara sejati,
Rashdan Roslan

23 Jul 2011

EPISOD 3 : Jelajah Lagi!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Entri kali ni pasal aku ke Bukit Broga hari tu... Sambung dari episod lepas ehh... Maka dipendekkan cerita, Jen kejut aku pukul 5.00 pagi. Fon masing-masing ada banyak mesej ngan miss call.. Gasak!! Mesti kawan-kawan dah standby ni... Dengan tak cukup tidonye, dengan tak mandinye, bergegas la aku ngan Jen dari Senawang, pegi Bukit Broga, yang terletak di Semenyih, Selangor... Broga tu kat sempadan Selangor / Negeri Sembilan dah... Jalan agak memeningkan, dah la gelap! Tapi still layan Club Hitz kat radio.. Hehe..

Dalam pukul 6.15 gitu, bertemulah kami yang pernah dalam satu pengajian kat PASUM... Sape je yang ada? Wakil PASUM-ASiS ada Mahmud Khairudin, Azim Azri (Meng) ngan aku... Yang lain ada Izzat Zainal, Arif (Penan), Azam Ar, dan jugak Zufar... Tanpa berlengah, lepas checking2 barang2 semua, terus panjat la.. Kitorang buat dalam masa 25 minit jugak la nak sampai ke puncak pertama.... Susah kowt nak sampai puncak pertama... Sangat curam, kena guna tali... Yang best kan, dapat jugak aku merasa solat Subuh kat atas bukit... Sejuk je, tenang... Terima kasih kepada Jen sebab bagi sweater dia buat lapik solat...

Giler nak bergambar rupanya dak2 ni, aku pun join sekali.. ^.^
Lepas tu, terus la memanjat ke puncak kedua..... Tak susah kali ni...


Pemandangan Semenyih dari atas bukit...

Yang tu pulak, pemandangan Pekan Broga kat sempadan Selangor / Negeri Sembilan... Topi merah yang nampak sikit tu, tu topi Mahmud. Kata nak bagi aku? Haha..

Sang suria mulai muncul di Broga.. Yang ni yang aku nak tengok sangat... :)

[dari kiri] Azam Ar, Izzat Zainal, Mahmud Khairudin... Mencangkung yer? Ngeh ngeh ngeh~~~

Ada Cina gunung tersesat, nama dia Azim @ Ah Meng... Hehe.. Lek ! ! !

Senyum je Zufar ehhh... Ni la ketua kuliah Hayat 1 masa kat PASUM kalau korang nak tau...

Aku pun tak ketinggalan ambik gambar.. :D

Semangat giler Jen sebab berjaya takluk Broga..


Dah puas berehat tu, apa lagi... Teruskan ke puncak ketiga pulak.... Tak susah tapi mencabar... Errrrr.. Macam mana tu? Hehe..


Kami bersemangat nak daki puncak ketiga!!

Pemandangan Semenyih dari puncak ketiga...

Puncak keempat kitorang tak panjat, sebab susah, banyak batu. Lagipun air dah habis.. Masa tu semua pun dah penat.. Sakit pinggang lah! Tapi takpe, dapat hirup udara segar kat atas bukit tu dah kira bersyukur... Sejuk pulak tu.. Teringat pulak pada Genting Highlands, walaupun Genting jauh lebih tinggi...


Inilah puncak keempat yang tak sempat ditakluk! Hehe..


Bersyukur sangat bila dah sampai atas sana, baru nampak kebesaran ciptaan Allah.. Yang ni baru secebis daripada kebesaranNya.. Aku kena meneroka, mengembara, bermusafir lagi, dari tempat ke tempat, supaya aku akan lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah kasik kat aku.. Tapi pengalaman kat atas bukit tu memang tak dapat dilupakan... Sungguh indah, susah nak diungkapkan dengan kata-kata..


Lepas borak banyak giler, perut pun dah lapar... So, apa lagi, turun la dari bukit tu... Susah giler, aku sendiri pun beberapa kali nak tergelincir.. Nasib baik aku tak tergolek, kalau tak, dah jadi rupa macam nangka busuk la. Hehe.. Tapi Zufar kesian, dia jatuh terguling, masa tu dah dekat nak sampai kat bawah dah... Berdarah sikit lengan beliau, tapi ok je, kata tough kan! Pendek kata, semua orang selamat, takde yang jatuh gaung, Azim je la yang hilang spek kat sana...


Sedar-sedar, jauh jugak mendaki ehhh...


Aku dengan Jen je yang balik ke Seremban, yang lain nak ke One Utama, nak makan kat Seoul Garden.. Aku bukan tak nak ikut, tapi aku kejar masa.. Tiket KTM aku ke Batu Gajah, Perak, pukul 2.56 petang, dari KL Sentral... Dah plan siap-siap, nak gerak dari Seremban pukul 12.30 tengah hari.. Sori la guyz, tak boleh follow, lagipun semua barang aku ada kat rumah Jen.. Lain kali la pegi makan Seoul Garden.. Aku pun tak pernah makan kat situ..


Sampai kat rumah Jen, aku tak tidur pun, online je kejenye. Hehe.. Tapi, dalam pukul 12.00 macam tu, aku ucapkan selamat tinggal kat Taman Alamanda, Senawang.. Tak sempat merasa mak Jen masak tom yam.. Takpe mak cik, raya ni saya pergi kat kampung mak cik, masak sedap-sedap ya! :)


Jen pun hantar aku kat KTM Seremban.. Tacink sikit la, sebab bukan mudah aku nak sampai Seremban, dah la first time ever kowt. Terima kasih banyak eh, sudi melayan kerenah aku.. Lain kali kita jumpa lagi, Jen.


Destinasi berikutnya - Batu Gajah, Perak. Episod 4 nanti ya..


Menuju ke utara pulak,
Rashdan Roslan

20 Jul 2011

EPISOD 2 : Jelajah Lagi!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Sambungan dari episod lepas.... Di kedinginan tengah malam, aku pun sampai la kat Seremban, Negeri Sembilan... Setelah bertolak dari KL Sentral (tren sampai lambat!!! KTM, berubah laaa....) , naik KTM Komuter... 6 hengget je tambangnye... Pukul 11.55 malam, tiba la aku kat KTM Seremban...




Terus call member aku ini untuk mengambil aku:


Nama dia..


Mohamad Nur Sufi bin Firdaus Gan
@
Jen!


Aku biasa panggil dia Jen la.. Haha.. Member aku ni dulu study sama-sama kat PASUM.. Dulu, dia sekolah SM Sains Tuanku Jaafar (STJ)... Position apa dia pegang? Takkan didedahkan kat sini, sebab beliau sangat merendah diri.. Aku baru je agak rapat ngan beliau masa nak habis PASUM.. Tu la pasal, ramai gak member-member aku yang aku kenal, yang best-best, yang ngam, semua masa last-last tu aku kenal.. Rugi giler..


Dipendekkan citer, aku pun diambik la oleh beliau 15 minit kemudian... Beliau abis keje lambat la malam tu, pukul 12... Sebab tu aku datang lewat kat sana, tapi takpe, aku berani dan tabah! Haha.. Termasuk bakul angkat sendiri pulak dah... Haha.. Jen ni keje kat KFC... Ingatkan nak bawak balik rumah dulu, rupanya bawak aku pegi KFC, tapi bukan kat KFC tempat dia keje.. Member dia ajak makan Krushers la... Tapi masa tu ada 5 orang, tapi sempat buat 3 je.. So, kongsi-kongsi laa.. Tapi kan, seronok gak tengok komuniti pekerja KFC kat sana, memang macam ada special connection, macam agak rapat la.


Lepas tu, baru sampai rumah Jen kat Taman Alamanda, Senawang. Nombor rumah? Rahsia. Haha.. Tak pasal2 Jen saman aku lak kang. Sembang sampai pukul 2 pagi camtu, lepas tu, tidur... Esok nak pegi jalan-jalan....


Pagi tu, baru jumpa ngan mak Jen.. Mak dia asal dari Jeli, Kelantan (dekat tempat tinggal aku jugak 3 tahun lagi).. Orang kuat Dato' Pa jugak ni, macam mak aku jugak la. Hehe.. Mak cik masak sedap la!! Jen ada adik pompuan, comel jugak.. Hehe.. Jen, nak jadi adik ipar boleh? :D


Dalam pukul 10 pagi camtu, keluarlah aku dan Jen dari Taman Alamanda... Menuju ke mana? Jusco Seremban 2...




Bukan berdua je, tapi bertiga... Ada member Jen follow jugak... Siapakah???


Amirul Fatih


Budak STJ jugak ni... Kapten Rumah Hijau.. Raja Hitam.. dengan tagline, "Aummmm!".. Ngeh ngeh ngeh... Fatih pakai baju ada tulis 'FAITH' kat baju dia hari tu. Hehe.. Hampir sama ngan nama dia pulak. Fatih ni tak lama lagi nak fly ke US... Kat University of Washington, Seattle.. Amek engineering.. Masa foundation dulu, dia belajar kat UNITEN.. Roomate kawan aku jugak, Hanan (budak SMKIP dulu, sekelas masa form 3).. Serumah dengan kawan aku kat ASiS, Zainal Aiman.. Kat CFS UIA pun dia kenal member aku kat ASiS, iaitu Afif (Apek)... Best berbual ngan budak ni, macam dah kenal lama... Even kat facebook pun, aku sembang macam da kenal lama... Seronok la kalau dapat kenal ramai orang macam ni.. Nice to meet you, Fatih. Kalau aku da lama kenal kau, memang jadi chatterbox setia aku la. Hehe..


Aku dan Jen didatangi Fatih masa tengah melahap melantak McDonald's... Makan Quarter Pounder je kami nye. Pastu, bila dah habis makan, apa lagi, gi solat, pastu layan movie... Gempak!! Transformers 3 : Dark of the Moon... Aku baru je nak tengok... Adoyai.. KB takde pawagam laaa!!! Untuk pengetahuan korang, tu baru kali ke-3 aku tengok wayang. Tapi itulah pengalaman tengok wayang yang terbaek setakat ni.. Yang penting, Fatih sponsor popcorn. Hehe.. Tak sempat suku cerita pun, popcorn dah abes... Tapi cerita tu memang layan la, aku suka! Hehe.. Pandai pulak si Jen ni, cuti hari Rabu... Hari tiket wayang dapat murah...


Lepas tu, melantak Big Apple pulak... Masing-masing makan bersepah jugak.. Sama je tiga-tiga orang.. Sedap bila makan Big Apple bertiga, lebih-lebih lagi sambil meng'usha' kanak-kanak Kolej Tunku Kurshiah (TKC) yang entah macam mana boleh ada kat Jusco time tu. Aduhai..


Lepas tu, berpisah la Fatih dengan aku ngan Jen. Fatih pulang ke rumah bersama cermin keretanya yang bermasalah.. Hehe.. Cuak gak dia, sebab kereta ayah dia.. Hehe.. Tunas persahabatan yang baru dah wujud nampaknya.. Harap persahabatan yang baru bertunas ni dapat dikekalkan sampai bila-bila.


Petang tu, sempat jugak aku singgah kat Kolej MARA Seremban. Ingat nak jumpa kawan-kawan aku yang ada beberapa orang kat situ.. Last-last dapat jumpa sorang.. Masing-masing busy la.. Amin Arham je yang aku sempat jumpa... Classmate aku masa form 4 kat ASiS... Spend masa lebih kurang 20 minit, lepas tu balik rumah Jen.. Baru la aku dapat jumpa ngan ayah Jen..


Malamnya pegi pasar malam pulak, beli putu piring.. Sedap jugak, tempat aku jarang pulak aku jumpa... Buah durian pun banyak orang jual kat sana, tengah musim tu.. Dah balik tu, makan malam, sambil sembang ngan parents Jen. Pastu layan TV sampai ke tengah malam... Tengok Piala Dunia Wanita... Masa tu separuh akhir, USA lawan Perancis.. USA tibai Perancis 3-1 kowt. Power gak pompuan2 tu main bola. Aku je yang kaki bangku. Apa boley buat... Jen da tertido depan TV dah... Esoknya nak kena bangun awal, sebab nak pergi panjat Bukit Broga, kat Semenyih...


Nak tau apa jadi kat Broga? Tunggu Episod 3 la...

Nak panjat bukit la pulak,
Rashdan Roslan

18 Jul 2011

EPISOD 1 : Jelajah Lagi!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Siri jelajah aku kembali lagi, untuk mengisi masa lapang aku waktu cuti panjang ni... Bermusafir melihat kebesaranNya, menyemai sifat berani dan percaya pada diri, dan lepaskan rindu kepada kawan-kawan. Hehe.. Kali ni, laluan jelajah aku merangkumi...


Kota Bharu -> Pekan -> KL -> Seremban -> Batu Gajah -> Ipoh -> Kota Bharu


Hari Isnin (18/07/11), bermulalah perjalanan aku ke Pekan, Pahang... Tempat asalnya abah aku, pendek kata, kampung aku lah! Tujuannya adalah untuk hantar anak sedara kau kembali ke pangkuan ibunya, merangkap kakak aku yang sulung, setelah ditatang bagai minyak yang penuh oleh kami di rumah selama sebulan. Balik kampung dengan kakak no. 3 aku ngan kawan dia... Bertolak pukul 10.15 pagi, sampai kat Pekan pukul 5.00 petang, melalui jalan pantai... Malam tu tinggal rumah kakak sulung aku (Along) kat Taman Sepekan Jaya...






Petang sikit, pergi rumah Mak Long kat Peramu Jaya 1... Ada la mak sedara ngan sepupu-sepapat aku yang meriuhkan rumah tu.. Baru je jumpa diorang masa kenduri kat rumah aku... Dulu, sebelum Along tinggal kat Pekan jugak, kalau balik kampung, mesti stay sana punya... Nostalgia la rumah tu.. Datuk ngan nenek aku, Aki ngan Wan pun stay situ dulu.. Teringat pulak arwah Aki ngan Wan.. Ada kalanya, masa aku kecik, diorang datang stay kat rumah aku kat KB... Tapi sekarang, tiada lagi memori yang dapat dipahat bersama diorang.. Kat sini, cucunda sedekahkan al-Fatihah untuk arwah Aki dan Wan, semoga roh Aki dan Wan tenang saje di sana, dan ditempat dalam kalangan orang yang beriman.. :)


Lepas tu, pegi la ke bandar Pekan... Mencari sebuah restoran makanan segera yang bernama..... KFC! Beli satu bucket, makan dengan keluarga Along... Seronok tengok gelagat anak-anak sedara... Bapak sedarenye pun apa kurangnya.. Haha... Perut dah sendat la.. Aku nak settlekan borang MARA ngan Universiti Perdana lagi satu hal... Aduhai... Lepas tu, tido.


Paginya, aku ke Kuala Lumpur.... Ada urusan di SM Sains Alam Shah dan jugak di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Bertolak dari Pekan, naik bas pukul 10 pagi. Aku sampai sharp pukul 10 pagi kat situ, sikit lagi nak kena tinggal, siap kena bebel ngan driver bas lagi. Nasib baik takde orang dengar.... Singgah Kuantan dulu, pukul 11.30 pagi baru gerak dari sana... Aku da cemas, sebab aku janji nak jumpa ngan lecturer pukul 2.00 petang... Tapi mustahil la nak sampai pukul 2... Dah la naik bas... Kerisauan makin memuncak bila bas berhenti kat Hentian Sebelah Lanchang, lame gak!! So, lepas tu, dalam pukul 1, aku mesej kat lecturer, bagitau yang aku sampai lewat sikit... Dia cakap suruh cari lecturer lain.. Takpe la..


Sampai kat Terminal Bas Pekeliling pukul 3 petang.. Aku berfikir dengan pantas, menurut firasat hati, tukar plan, aku gerak pegi ASiS dulu! Sebab kat terminal bas tu ada LRT, direct ke Bandar Tun Razak.. Setibanya aku kat ASiS, bergegas la aku ke opis, ambik sijil Cambridge GCE-O Level aku... Terjumpa Cikgu Shahril Adha ngan Cikgu Razmi kat situ, then terpaksa blah cepat, sebab aku risau lecturer-lecturer sume dah takde nanti. Aku jejakkan kaki kat ASiS hanya 5 MINIT. Rekod tuhh! Masa tu dah pukul 4 petang.


Dengan bantuan bas RapidKL trip U45 yang sedang elok je sampai kat bus stop depan sekolah aku, terus naik mende alah tu pegi stesen LRT Maluri, terus ke Masjid Jamek, then ke Universiti. Sampai je kat LRT Universiti, lecturer tu mesej aku... "Dh smpi asasi ke? Sy ada lgi till 5pm." Alhamdulillah, beliau tak cabut lagi.. 


Setibanya aku kat sana, terus mintak recommendation dari dia untuk ke Universiti Perdana.. Lepas dah settle tu, aku rasa bersyukur sangat, sebab aku berjaya laksanakan matlamat aku haritu dengan jayanya, walaupun sangat mengejar masa. At least, aku belajar sesuatu hari tu. JANGAN BAZIRKAN MASA dan jugak JANGAN CEPAT GELABAH! Aku dah la selalu menggelabah.. Berjaya gak mengawal kegelabahan dan kecuakkan tu.






Wujud satu keyakinan dalam diri aku, bahawa Allah telah membantu perjalanan aku tempoh hari. Sebab pada mulanya misi tu aku lihat macam mustahil je kan, sebab aku bergerak sendiri, takde kenderaan sendiri, lagipun aku tak expect sampai kat KL pada masa yang sangat lewat.. Plan pun tukar saat-saat akhir. Terima kasih Ya Rabbi sebab bantu aku dalam perjalanan dan misi aku...


Sebelum berangkat ke Seremban pada malam tu, aku singgah kat Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12)... Ada junior2 ASiS aku kat situ.. Tumpang bilik diorang kejap, penat jugak mengatasi kegentaran tadi. Hehe.. Seronok jugak luangkan masa ngan junior ni, rindu pulak zaman aku asasi dulu.. Terkenang kawan-kawan aku... Bilik aku tu straight ngan bilik lama aku.. Bilik lama aku kosong, sebab tak letak budak asasi dah kat situ... Terima kasih Khairul Zhafiran sebab bagi tumpang kejap.. Terima kasih jugak kepada Daniel Hariri (hot stuff PASUM) sebab datang menghabeskan Dunkin Donuts yang aku belanja tu. Hehe.. Kepada Nasrin (roomate Zhafiran, dia budak SESTER), terima kasih jugak.. Sape-sape yang nak menziarahi Khairul Zhafiran , sila ke bilik B328. Hehehe...


Pukul 10 malam, aku ke KL Sentral, naik KTM Komuter kat sana menuju ke Seremban... Siapakah yang bakal dikunjungi di sana? Tunggu Episod 2 kalau nak tahu.. :D

Seronok berjalan-jalan,
Rashdan Roslan

16 Jul 2011

Antara Dua

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Kepala tengah kusut.... Nak fikir banyak perkara... Sebab hari ni, aku dapat.. Bukan satu, tapi dua tawaran sekaligus.


Tawaran 1:


UiTM - Optometri

Ok la, aku minat jugak optometri. Boleh bukak kedai spek mata... Aku sendiri pun pakai spek. Tak semestinya jadi ahli optometri je. Kalau rajin, boleh sambung master, PhD... Jadi lecturer pon boleh... Sampai tahap Prof.. Banyak lagi peluang lain bidang ni... InsyaAllah, kalau aku dah bekerjaya esok hari, aku nak gunakan keupayaan aku untuk kebaikan manusia sejagat. Mata adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.


Tawaran 2:


India (USM-KLE) - Perubatan


Perubatan dan ke luar negara memang impian aku! Takde tipu-tipu punya. Rasa macam mati hidup semula. Tapi kalau aku nak pergi ni, ada syarat. Kena dapat tajaan, dan aku apply MARA. Buat masa sekarang, keputusan tu belum lagi keluar, jadi yang ni masih samar.. InsyaAllah, kalau aku dapat tajaan, aku akan guna peluang kedua ni dengan sebaik-baiknya! Aku tak sangka yang rezeki dan nasib masih bersama aku, setelah mengharungi setahun asasi yang berkeputusan tidak memihak kepada aku.


Banyak perkara yang mengusutkan pemikiran. Tapi, insyaAllah akan diatasi Isnin ni, esok ngan lusa tak boleh, sebab kat opis tak keje... Tapi yang penting, kena fikir elok-elok... Masa depan ni!

Di persimpangan dilema,
Rashdan Roslan

14 Jul 2011

Years From Now

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Aku yang sedang mengembara dan merantau ni bukannya nak bercerita pasal siri jelajah aku lagi, tapi.... Nak cerita pasal keputusan UPU bagi lepasan Asasi / Matrikulasi yang akan keluar, ESOK, Jumaat, 15 Julai 2011.






Aku baru je dengar lagu nyanyian Aizat, Years From Now.




What will I be years from now
What will I wear, how will I look
I think too much, I think too much
Sometimes it as scary over thinking
What you have or haven't at done
You think too much, you think too much
Will the rain smell the same
Will our losing treacherous game
And the star much shine
The colours seem so blurry
Will I end up all alone
Without a shoulder to cry on
What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you
Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And neglect most people who
Seems so worthy

Emmmm... What will I be years from now? Akan ditentukan esok! Aku, secara jujurnya, spot untuk dapat:

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - Doktor Veterinar

Good luck jugak untuk semua yang tunggu result esok! Semoga dapat apa yang dihajatkan...

Cuak sikit je,
Rashdan Roslan

11 Jul 2011

Tamat Sudah Temuduga! Kembara Solo Menanti...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Temuduga USM-KLE dah habis.. Alhamdulillah, mampu melalui interview tersebut dengan jayanya. Rezeki, sama ada dapat atau tak dapat aku ke India, yang tu nombor 2. Serahkan urusan tu kepada Allah S.W.T. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..




Pasal temuduga? Mula-mula, aku excited jugak sebab ramai jugak kawan-kawan aku yang tinggal di luar negeri Kelantan ni yang turun temuduga kat sini. Ada la jugak peluang nak jumpa kawan-kawan yang dah hampir dua bulan tak jumpa...


Malam sebelum tu, bermula pergerakan masuk diorang ke Kelantan. Haha.. Excited punya pasal, aku pegi jumpa sorang kawan aku, nama dia Aznil.


Bukan Aznil ni, sorry. Haha... Nama dia Muhammad Aznil bin Ramly. Kitorang panggil dia 'Pisang'..


Pastu, lepas lepak kat KB Mall kejap ngan Pisang, Hanif Tarmizi lak hantar mesej.. Dia datang sini ngan parents, naik flight wooo! Aku call, dia ajak aku pegi hotel dia, sembang kejap pasal esoknya, then aku pun kena balik jugaklah. Preparation must be done.. Hehe..


Esoknya, bergegas aku ke SMK Ismail Petra, salah satu tempat yang nostalgia dalam hidup aku.. Bukan tujuan untuk mengenang nostalgia, tapi sijil-sijil aku tak disahkan lagi! Last minute punye keje kan.. Teruknye..


Lepas tu, direct la ke USM... 15 minit je dah sampai... Jumpa sapa eh kat sana? First2 aku nampak Atiqah Jamil, budak group tutorial aku.. Lepas tu, Pisang.. Then, Norisah.. Budak tutorial aku jugak... Hanif Tarmizi call aku time aku tengah beratur nak daftar, pastu jumpa la. Then, nampak Azlan and the Typewriter Yunos. Ramai jugak budak PASUM yang dapat interview ni, tapi ramai jugak yang aku tak sempat jumpa...


Soalan-soalan temuduga dijawab dengan jujur dan seadanya. Takde la susah mana.. Soalannya macam ni je:


1. Perkenalkan diri
2. Kenapa nak jadi doktor
3. Kenapa memilih program ni
4. Apa yang anda tahu mengenai program USM-KLE
5. Kajian kes.. Macam aku, soalan dia macam ni:


"Rakan anda baru kehilangan ibu bapa dan dua adik-beradiknya dalam kemalangan jalan raya. Rakan anda terasa ingin membawa diri. Dia berasa yang tiada gunanya lagi dia hidup. Apa tindakan anda?"


Dah habis interview, jawab soalan kaji selidik yang panjang berjela, ngan ambik borang MARA! Rasa macam mati hidup semula.. Sebab peluang aku nak ambik medik ngan nak pegi oversea masih ada, walaupun sedikit mungkin.


Kemudian, aku bawak Pisang ngan abang dia pegi Kampung Kraftangan, nak makan kat Restoran Nasi Ulam Cikgu... Sambil mencari sedikit cenderamata.. Untung jugak, aku dibelanja.. Hehe.. Susah-susah je.. Aku pun tak biasa makan kat situ.. Dipendekkan cerita, diorang pun direct balik KL la pastu..


Malamnya aku nak jumpa Hanif Tarmizi kat airport, tapi tak sempat la. Aku baru nak tebus kegagalan aku berjumpa dia lepas habis interview. Takpe la Hanif, ada hikmah di sebaliknya.. Kan?


Dengan tamatnya temuduga ni, maka bermulalah kembara solo aku untuk kali ke-2! Destinasi ke mana?


Kota Bharu -> Pekan / Kuantan -> KL -> Seremban -> Kajang / Broga -> Batu Gajah / Ipoh -> Kota Bharu


Doakan perjalanan aku pergi dan balik selamat ya! :)

Mengembara lagi,
Rashdan Roslan

7 Jul 2011

Dah Lama Tak Bertemu Duga...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Lepas sudah lama tak bertemu duga (last sekali yang JPA tu la.. bulan 4 tahun lepas), Ahad ni (10/07/11) aku interview kembali. Haha... Nervous sikit je, tapi ok je kot. Buat macam biasa je...


Interview apa? Untuk program antarabangsa Doktor Perubatan USM-KLE. Maknanya kalau aku dapat ni, aku akan belajar sepenuh masa kat Belgaum, India...



Nasib baik USM dekat je ngan rumah aku.. 15 minit je dah boleh sampai.


Tapi, kalau aku takde biasiswa atau pinjaman boleh ubah bila aku belajar kat sana, aku tak nak pegi la. Aku bukannya kaya nak tampung yuran belajar saje pun dah USD 100,000! Tak campur makan minum ngan perbelanjaan lain. Kalau aku berkeras jugak nak pegi tanpa biasiswa atau pinjaman boleh ubah, memang family aku kena gadai macam-macam harta benda la. Macam mana tu? Tak rela la aku. Aku bukannya pentingkan diri.


Lagipun, kalau aku stay kat IPTA, biasiswa JPA dah boleh sambung, cuma course je la yang masih misteri. Dengan pointer yang tak seberapa, aku rasa aku mampu dapat veterinar. Hampir jugakla kepada medic, cuma rawat binatang je la. Aku hanya nak belajar dengan kurang beban kewangan. Aku bukannya dilahirkan dalam keluarga yang berada.


Untuk mengutip pengalaman, aku tetap akan pergi temu duga ni. Sape-sape yang nampak aku time temu duga nanti, tegur-tegurla... Atau nak mintak bantuan, takut sesat jalan ke, nak suruh bawak pegi jalan-jalan ronda Kelantan ni ok jugak. :)

Cuak seketika,
Rashdan Roslan

2 Jul 2011

Kisah Hati...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Kisah hati? Tajuk lagu nyanyian Alyah, yang punyai lirik yang begitu puitis, dan ada kena mengena juga dengan perasaan aku buat ketika ni.


Kepada beliau yang terasa hati tu, saya nak mengaku yang saya ada menyimpan hasrat untuk bersama awak, dan bina mahligai bersama. Tapi, sejak kebelakangan ni, awak selalu buat endah tak endah kat saya. Saya malu untuk mengungkapkan perasaan saya, kerana bimbang kita akan bercinta, dan akan terjerumus ke lembah maksiat. Nauzubillah. Saya tak nak cinta syaitan. Tak mahu juga sebuah hubungan yang bertunjangkan nafsu semata-mata. Jauh sekali untuk bercouple. Kerana saya ikhlas, saya terpikat dengan sifat keibuan awak, saya nak terus kahwin dengan awak. Tapi masa tidak sesuai, ada perjuangan yang belum sesuai.






Saya minat kat awak, dari hari pertama kita jumpa lagi. Kat mana? Tak boleh bagitau, sebab kalau saya bagitau, mesti nampak ketara sangat, sape awak. Tapi kalau awak faham, saya sebenarnya malu untuk mengungkapkan. Saya cemburu bila nampak awak mesra dengan orang lain, terutama dengan lelaki lain. Seolah-olah saya tiada tempat di hati awak.


Kini, saya tawakal sahaja dengan takdir. Kalau benar awak jodoh saya, takkan lari ke mana. Saya sanggup menanti enam tahun lagi. Betapa kuatnya perasaan saya kepada awak. Cuma awak sahaja yang mungkin tak perasan. Niat saya ikhlas, untuk menjadikan dirimu sebagai suri hidup. Tapi, kalau pada masa itu, awak telah dimiliki, maknanya kita tiada jodoh. Saya redha dengan apa jua ketentuan yang tertulis di Luh Mahfuz. Saya akan berjuang demi cinta ini. Saya juga perlukan waktu untuk melengkapkan diri saya dengan kebolehan sebagai seorang suami, agar saya layak menjadi pemimpin kepada keluarga kita.


Kalau cinta kita tak bersatu, mungkin kita akan bertemu lagi, di syurga mungkin. Namun, saya berharap kamu adalah bidadari yang akan melengkapkan hidupku. :)

Mencari pelengkap rusuk kiri,
Rashdan Roslan