30 Nov 2010

Ku Cari Damai Di Hati

Kepada tiga orang insan yang pernah aku lukakan hati mereka (dan hati mereka masih luka kot sekarang) - A (bukan nama sebenar), A (bukan nama sebenar) ngan A (bukan nama sebenar) [nama mereka bertiga memang start ngan huruf A pun, tapi bukan orang yg sama], aku rasa aku dah berputus asa untuk pujuk anda... Aku tak tahu la apa lagi nak dibuat untuk menawan hati anda kembali... Kalau aku fikirkan lama-lama pun, buat bertambah lagi tekanan aku...

Bukan niat aku nak sakitkan hati anda, tapi biasalah, aku bukannya sempurna... Aku dah buat banyak kali permintaan maaf kepada anda, namun anda tak terima permohonan maaf aku.. Kenapakah hati anda begitu keras??? Adakah ada dendam kesumat terhadap diri ini?

Kalau begitu, lupakan sahaja diri aku ini. Aku pun akan lupakan anda. Gaduh lama-lama pun tak guna, macam budak-budak lah. Kalau bergaduh, melampaui batas, tu dah kira sifat orang munafik.. Anda munafik kah? Semoga anda bukan munafik.. Dah berapa titis air mata aku mengalir, dah puas aku berdoa, namun anda masih memperlakukan aku sebegini rupa. Aku dah penat! Aku sangat sedih dengan perlakuan anda.

Aku mengaku yang aku yang banyak silap selama ni.. Kita gaduh pun sebab salah aku.. Memang aku mengaku yang aku yang silap, dan aku dah kembali untuk berdamai semula. Kenapakah begitu sukar untuk memaafkan? Bagi aku, aku sentiasa memaafkan kekhilafan orang lain setiap kali sebelum aku terlena..

Aku merayu agar maafkanlah segala khilaf aku. Manalah tahu, hayat aku tidak lama lagi. Kalau aku dah tiada, bayangkanlah sendiri apa yang akan terjadi. Kalau anda masih ada secebis ingatan pada diri ini, harap lupakan kisah lama, kita buka lembaran baru..

Maafkan aku. Aku perlu cari ketenangan. Terima kasih atas segala jasa selama ini. Jangan cari aku lagi.

Kucari Damai Di Hati 

Mengapa kau tergamak sungguh
Menyeksa diriku ini
Kesetiaan yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan kasih
Hanya pada waktu suka saja
Waktu duka tiada di sisi
Ikatan persahabatan berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahagia
Di samping rakan yang baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka

Rashdan Roslan

Disember...

Hari ni hari terakhir bulan November, dan esok dah bulan Disember... Maknanya tinggal lagi baki 31 hari utk tahun 2010..


Jangan ingat kalendar Gregorian je... Sistem Islam lagi terbaek la! Daripada segi tahun hijrah pulak, hari ni 23 Zulhijjah... 7 hari lagi ke tahun 1432 Hijrah... Da makin tua kita nih...


Bulan Disember adalah bulan yang paling dinantikan bagi aku, sebab ni adalah bulan kelahiranku!! Woohoo!! Tapi dalam ramai2, aku la antara yang paling lambat birthdaynya... Tapi nasib baik tak lahir bulan 1, kalau tak, aku SPM tahun nih.. Hehehe....


Tak nak bercerita panjang la pasal bulan Disember nih... Sape yang dah kawan lama ngan aku, insyaAllah tahu bila birthday aku... Tepuk dada, tanya diri sendiri... :)


Tak sabar tunggu birthday tahun ni... Tapi maybe skali ngan kuar result Semester 1... Hadoi... Dapat 4.00 atau kurang?? Jeng jeng jeng!!


Rashdan Roslan

28 Nov 2010

Nostalgia..

Lagu nyanyian Shoutul Amal, tajuk dia "Nostalgia".. Hurmm... Dah lama lagu ni, seingat aku... Touching sangat lagu ni.. Setiap kali dengar lagu ni, mesti sebak.. Hati aku masih rapuh...


Nak dengar? Klik kat sini..


Hayati lirik lagu ni, pasti ingat balik kat kawan-kawan anda...


Terkenang sebuah memori lalu 
Kisah persahabatan kita bersama 
Di dalam satu pengajian 
Menuntut ilmu dan pengalaman 
Mengingatkanku pengorbananmu 
Terpahat padu di kalbuku 

Bersama rakan taulan dan guru 
Tawa riangmu menghiburkan hatiku 
Indahnya suasana ketika itu 
Terjalin ukhuwah sejati 

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku 
Mengenalkanku erti kehidupan 
Susah payah kita hadapi bersama 
Itulah asam garam dalam kehidupan 

Ya Tuhanku tabahkan hatinya 
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup 
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu 
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat 






Mesej lagu ni sangat kuat, sebab tu lagu ni glamour kat majlis-majlis ilmu, macam majlis-majlis motivasi.. Mesti kompem la akan ada orang yang menangis...


Entahlah, tetiba kerinduan kepada kawan-kawan dan guru-guru tebal semacam je kali ni... Rindu sangat zaman sekolah dulu... Rindu ini bukan bermusim, malahan sentiasa ada...


Rakan-rakan sepengajian di SK Ismail Petra 1 (SKIP 1), SMK Ismail Petra (SMIP), dan SM Sains Alam Shah (ASiS), aku amat merindui kalian.. Tak kira sama ada anda masih mengingati diri ini atau tidak, anda akan sentiasa aku kenang..


Kenangan antara kita semua amat banyak, terutamanya di zaman sekolah ni.. Suka dan duka dikongsi bersama.. Pastinya akan terukir di setiap hati kita kan, kan, kan?


Cikgu-cikgu pun masih dalam ingatan.. Tak mungkin lupa cikgu-cikgu semua.. Kalau tak, tak mungkin diri ini berjaya mengecapi kejayaan seperti hari ni.. Terima kasih atas ilmu, bimbingan, dorongan dan nasihat yang diberikan! InsyaAllah, cikgu-cikgu nanti akan menjadi ahli syurga... Tanpa cikgu, siapalah diri saya ni..


Staf sekolah pun masih dalam memori... Akak kerani, mak cik dan pak cik Dewan Makan, mak cik dan pak cik kantin, cleaner, akak library, dan ramai lagi, masih dalam ingatan...


Rakan memang silih berganti, namun rakan yang lama jangan dilupa, kerana rakan yang lama masih mengingati anda.. Usah dibazirkan rakan-rakanmu itu... Sedarlah betapa kecewanya hati mereka sekiranya mereka diabaikan...


Semaikanlah mahabbah yang kukuh antara kita semua, semoga kian mekar antara kita, dan insyaAllah kita akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.


Akhir kalam, terima kasih semua atas segala memori dalam kehidupan, tak kira yang manis atau pahit.. Setiap hari, makin pelbagai warna kehidupan ini..





Rashdan Roslan

27 Nov 2010

Sem 2 : So Far So........?

Sem 2 dah start seminggu pun.. Alhamdulillah, ok je... Sebab Encik Tutorial ngan Encik Amali tak start lagi... Hehehe...

Syllabus yang lebih mencabar, pastinya, and a lot of effort must be put on, jgn jadi macam sem 1!

Sem 2 menyaksikan aku lebih hepi, sebab ni last sem kat PASUM.... Sedih bercampur hepi la senang citer... Emosi tak stabil pada awal-awal ni... Tapi semoga dapat menempuhi sem 2 nih dengan bergaya!!

Rashdan Roslan

Amani....

Lagu ni best... Sebagai penghargaan kepada kaum hawa... Kepada semua kenalan wanita, tak kira kawan karib, atau kawan lama, atau kawan kawan jarang jumpa, atau teman tapi mesra, hayatilah lagu ni... Nak dengar, klik la kat situ (kat tajuk)...


Amar - Amani





Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati



Rashdan Roslan

22 Nov 2010

SEM 2..... MULA!

Pejam celik, pejam celik, da sem 2 da aku kat PASUM....


Ape la nak jadi ngan result sem 1 aku... Adeh... Dalam 2-3 minggu lagi kuar arr... Hehe.. Lagi lama tak kuar result lagi bagus la... Tenteram sket kepala ini yang pusing skang... Banyak lak masalah mula2 nih... Aduii... Sabar je la Rashdan, ini semua dugaanNya... La Tahzan, Rashdan... Anda harus kuat!


Sem 2 ni, aku nak jadi baik lah. Tak macam dulu, penuh dengan kekhilafan. Sebab aku baru sedar, bahawa diri aku disayangi. So, kena buat sesuatu utk bayar balik kasih sayang yang aku dapat. Tapi tak mungkin sama nilainya dengan kasih sayang yang aku dapat. Betapa indahnya... :)


Nak tukar gaya belajar sikit, biar lagi efektif.. Takde dah stadi last minute, sebab aku dah serik!!


Sebab ni adalah last sem aku kat PASUM, aku akan cuba kenal lagi ramai orang kat sini, dan spend banyak masa ngan kawan2... Pasni susah dah nak jumpa anda semua... Mungkin kita akan berbeza haluan lepas ni...


Tutorial ngan amali takde lagi utk first ngan second week... Boleh la relax sikit... Baru lepas cuti kan....


Ya Allah, permudahkanlah urusan aku di sem 2 ini... Semoga aku dapat menempuh hari2 aku dengan baik, dan semoga aku sentiasa dalam redhaMu...


Rashdan Roslan

What A Challenging Trip!

Hari Sabtu baru ni (20/11/10), aku dicampak dihantar balik ke PASUM oleh parents aku... Kena blah awal, sebab tiket da abes.. Haduii.. Sabar je la.. Aku tak puas lagi duk kat umah.... Kejap sangat kat umah.. Tak rase ape pun...


Bas aku, Mahligai, trip D4, adalah bas yang paling dahsyat pernah aku naik!!!!!!! Tension tol.. Mula2 da buat hal dah... Janji kat tiket kul 9 pagi, alih2, 9.30 pagi baru gerak dari KB..


Dah la lambat, pastu kat tengah jalan, sebelum sampai kat Machang, tayar bas bocor lak!! Sejam lebih gak nak repair... Pukul 11.40 pagi baru gerak balik... Dah la jalan jam kat Kuala Krai, Raub ngan Bentong... Kerajaan, tolong cepatkan pembinaan Central Spine Expressway.. Kasihanilah kami.... Asyik jam je jalan time raya ngan cuti skolah...


Mase tu, aku da was-was, sama ada aku bawak kunci bilik aku ke tak... Runsing gak...


Kat dalam bas tu, nasib baik ade kawan aku, si Nizar Zubir dalam bas tu... Dia nak ke Putrajaya.. Dia study kat CUCMS, Cyberjaya, bawah tajaan JPA... Kurang sikit kebosanan aku...


Tapi yang tension, tekanan, sakit jiwanye, ade sekumpulan mamat ni, bising bagai nak pecah bas tu... Dah la kurang ajar ngan driver bas.. Kata nak berhenti buang air la, ape la.. Ade yang tak tahan sangat, sampai buang air kecik dalam botol air mineral!! Ishhh.. Pastu melaung-laung lak, tak macam manusia la.. Tolong la... Buat malu je kalau orang kampung diorang ade dalam bas tu.. Aku pun segan gak ngan driver bas tu... Apela nak jadi ngan golongan muda skang... Kalau Nabi Muhammad s.a.w. hidup lagi, apelah perasaan baginda ek?? 


Driver bas pun satu, isap rokok dalam bas... Aku tak tahan bau dia, so aku pindah pegi belakang, duk ngan kawan aku, nasib baik seat dia kat sebelah tu kosong... Mane boleh isap rokok dalam bas!!!


Mase aku sampai kat Bentong, mak aku mesej, kate kunci bilik aku tertinggal! Hahaha.. Cuai seyh aku... Benda paling penting... Terpaksa la aku tumpang rumah sape2 malam tu.... Nasib baik kakak aku nak balik ke Tanjung Malim malam tu.. Boleh kirim kat dia kunci tu...


Lepas mengharungi 'onak duri' tu, aku sampai kat Hentian Putra, KL pukul 7.30 malam.. Perghhh.... 10 jam! Tapi ni bukan rekod lagi... Ade lagi trip yang lagi lama...


Aku cuak tahap dewa, aku try contact bebudak ni, tengok sape yang aku boleh tumpang.. Nasib baik ade Atiff, aku pun tumpang kat umah dia kat USJ...


Pagi esoknye, aku blah awal gak, sebab banyak benda aku nak buat... Atiff pun nak balik UiTM Puncak Alam, n parents dia nak pegi Sabah, ade mesyuarat...


Pukul 7.45 aku naik tren dari Subang Jaya, sampai kat Tanjung Malim pukul 9.55... Pastu, kakak aku ambik aku jap, pegi makan... Then chow..


On da way balik, aku terjumpa kawan lama aku kat ASiS, Muhammad Khairul bin Mohamed, atau name glemer dia, Torch.. Hahahah.. Tak sangka bleh jumpa ko kat sana... Lama tak jumpa ko, sejak result tahun lepas la... Banyak gak bercakap ngan dia.. Dia nak balik Kuala Pilah, kat matrik.... Torch2... Haha..


Pastu dipendekkan citer, sampai kat bilik pukul 1.15 tengah hari.. Penat2.. Petang tu aku bershopping lak.. Hahaha... Tapi seronok gak kembali ke UM untuk Sem 2...

Rashdan Roslan

Dah Bertunang....

Hah?! Dah bertunang?? Jap2... Bukan aku la... Kakak aku la... Hehehe.... Kakakku yg second, Amierul Shuhada binti Roslan...


Majlis pertunangannye dibuat kat kampung mak aku, kat Kg. Lawang, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan (tempat kami akan menetap nanti 4 tahun lagi).... Masa raya haji ke-2 hari tu... Kakakku bertunang ngan Abang Mie (Syamsul Azmi), dari Melor, Kota Bharu.. Elok la tu, nanti kahwin, takde la gaduh2 pasal nak balik kampung time raya.. Haha...


Tunang kakak aku lagi pendek daripada kakak aku, dan secara tak langsungnye, lagi pendek daripada aku.. Hehehe... Jangan marah...Dia keje sebagai Pengawas Hutan kat FRIM... Kakak aku pulak nanti jadi cikgu...


Antara gambar2 yang sempat disnap oleh aku:






Kakak aku cantik kan? Hehe... Diorang plan nak kawin bulan 5 tahun depan... Bagus2.. Benda elok jangan ditangguh.... Aku pun suka, nak dapat abang ipar....

Semoga kakakku berbahagia selalu, dan semoga hubungan mereka direstui dan diredhai oleh Allah yang Maha Esa..


Rashdan Roslan

20 Nov 2010

Nostalgia Aidil Adha

Terlebih dahulu, ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada anda semua, pembaca blog ini. Semoga dengan hadirnya hari raya kali ini, kita dapat lebih memahami erti sebenar sebuah pengorbanan dan seterusnya dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T., InsyaAllah.


Alhamdulillah kerana dapat merayakan hari raya kali ini kat kampung, tak macam tahun lepas, yang mana aku terpaksa berhari raya Aidil Adha di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur, atau lebih mesra di hati aku dengan panggilan ASiS. Aku terpaksa beraya di sana sebab SPM laaa! Hahaha... Sebab gap antara raya ngan kertas Biologi dekat sangat, n kami pun nak kena struggle arr... Kate paper Bio... Susah laaa...

Erti pengorbanan bagi aku lebih dihayati kerana aku telah berkorban masa bersama-sama keluarga demi mendapat A+ bagi subjek tu (walaupun last skali aku dapat A je.. Haha!). Aku jugak berkorban duit sebanyak 80 hengget, sebab aku dah beli tiket pergi dan balik... Haha... Mula-mula aku fikir, malangnye hai nasib aku... Tapi lama-lama, bila fikir secara matang, aku sedar bahawa INILAH PENGORBANAN. Aku juga terharu apabila rakan-rakan aku yang tinggal di sekitar Lembah Klang yang boleh je kalau nak balik rumah, beraya, tak nak tinggalkan kami yang tinggal jauh dari KL kat sekolah...

Paginye, lepas solat sunat raye, ade jamuan sikit... Makan lontong... Ok la jugak, hehehe... Lepas rindu kat umah... Aku minat makan lontong, hilang sikit rase kesal kat hati aku... Almaklumlah, ni kali pertama beraya tanpa keluarga di sisi, walaupun tu raya haji je...

Takpe2... Ibadah korban tetap dihayati walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga. Kat sekolah, ade jugak dibuat korban.. Sekor lembu ditumbangkan oleh guru2 dan staf sekolah, dengan Ustaz Khir mengepalai upacara tersebut. Yang tak takut darah, sanggup la tengok.. Yang mana tak sanggup tu, tak tunjuk muka pun.. Hehehe...

Lepas tu, terus ade extra class Bio... Haha.. Maka kami terus-menerus mentekedarah menelaah ilmu Biologi yang diajar oleh guru-guru kami yang berkaliber.. Hasilnya, kami menduduki ranking tempat ke-2 untuk subjek tu bagi peringkat SBP...Terer tak kami??? Ni semua hasil berkat usaha dan pengorbanan kami dan guru2 yang telah dibayar oleh Allah S.W.T..

Untuk raya tahun ni, back to normal... Hehehe..

Rashdan Roslan

15 Nov 2010

Aku Boring?

Aku ni memboringkan ek? Harap2 la tak..


Maaf sekiranya aku telah memboringkan anda semua, tapi inilah diri aku yang telah sebenarnya 'diubah'.


Sejak peristiwa tu, aku tak suka bercakap banyak lagi, macam bertih goreng... Ape peristiwa tu? Dah sangat lama aku simpan benda ni..


Sebenarnya, masa aku kecik2 dulu, banyak jugak aku bercakap.. Kalau tak kat sekolah pun, kat rumah banyak gak... Sampai la satu ketika, aku ditegur... "Jangan banyak cakap boleh tak?!"


Sampai sekarang aku masih 'trauma' dan kecik hati dengan teguran tu. TERIMA KASIH pada beliau kerana telah membantutkan perkembangan komunikasi aku. Aku masih terkesan dengan teguran tu, dan masih tak boleh bercakap banyak, bimbang kalau aku akan buat orang rimas. Tanpa beliau, aku bukan seperti hari ni.


Tapi kalau kena masa, aku akan melalak jugak, tapi jarang anda akan lihat. Sape2 yang selalu berlegar sekitar kehidupan aku, boleh nampak. Sebab tu, aku banyak mengigau dalam tidur. Banyak sebenarnya benda yang aku nak cakap, tapi tak terluah masa waktu siang. Benda ni memang berlaku..


Sekarang, korang tahu kan, kenapa aku ada kalanya diam sangat. Mungkinkah ini masalah psikologi?


Satu je harapan aku untuk semua... Terimalah aku seadanya... Now, I'm a man of few words...


Kalau aku diam, tak bermakna aku sombong.. Dan aku jugak harap yang korang tak anggap aku boring.. Kalau kena caranya, aku akan banyak bercakap ngan korang..


Tapi macam mana nak hilangkan 'trauma' ni...? Kini aku dalam proses tumbesaran, dan hormon pun tak stabil lagi! Haha.. Kena ubah cepat2, tapi aku tak mampu..


Aku perlukan sokongan kalian... Without you, I am nothing. . . . .

Rashdan Roslan

14 Nov 2010

MUET dah settle! Balik rumah jom!

MUET dah habis.... Soalan agak susah macam haram... Aku da cuba sedaya upaya.... Tawakal je sekarang ni... Harap2 dapat band yang elok la.... Saya nak sambung medic la lepas ni.. So, kena dapat yg tinggi2 la...

Terima kasih MUET sebab 'habis'kan masa cuti final sem aku selama seminggu... Hahaha... Takpe2, janji aku da habis MUET... Sekarang waktu utk balik rumah...

Semalam, perjalanan balik aku ditemani hujan sepanjang jalan.... Makan masa 8 jam dari KL sampai Kota Bharu.... Dari pukul 9.30 malam sampai 5.30 pagi.... Mengembara dengan perut yang lapar... Duit aku masa sampai kat stesen bas ada RM3.70... Beli roti sosej High5 - RM1.70 ngan air mineral (RM1.00 X 2), baki duit aku = RM0.00 sahaja... Lebih simple, aku balik tanpa satu sen pun! Giler bahaya... Mak aku siap nangis lagi, risaukan aku...

Dah pun sampai Kelantan... Masa aku tulis benda alah ni, aku tak tido lagi sejak sampai kat umah pukul 5.30 pagi tadi.... Ape masalah aku....? Nak kata insomnia, insomnia tu SUSAH NAK TIDO laaaa!! Adehhh...

Pagi tadi sudah melantak nasi dagang yang berharga RM2.50, serta tiga jenis kuih-muih yang lazat.. Hahaha.... Tapi masih tak berjaya membuatkan aku mengantuk.....

Nasib baik ada berukband kakak aku nih.. Boleh guna wat update blog... Hehe... Keep in touch all...

Rashdan Roslan

11 Nov 2010

Ipoh Lagi Sekali!

Tahun ni, dua kali dah aku pegi Ipoh... Sekali time bulan 4 (lepas Educamp kat UTP - yg aku tak dapat tu... hahaha), dan sekali lagi, pada Ahad smpai Rabu lepas, (7-10/11/2010)...






Kali ni, stay kat umah Aizat Zulkarnain lagi skali gak... Trimas Jat, I can always count on u..


Aku dibawa berjalan-jalan sekali-sekala oleh beliau.. Beliau ada kereta dah sekarang... Senang sikit urusan dia.. Tapi henset tetap Nokia X6!! Dahsyat gempak giler.....


Aku dibawak oleh beliau ke Jusco kat Kinta City utk kali ke-2 dalam minggu tersebut, setelah family kawan lama aku (yang nama dia rahsia tu) bawak aku ke sana... Yazrin (Botak) ade gak..


Ronda2 Jusco tu... Makan KFC gak... Walaupun dah boring... Hehehe.... Pastu, pergi hantar Yazrin kat umah dia... Time tu dah agak lewat lah... Aku ingat nak ke Shah Alam petang tu.. Tapi memandangkan masa tak mengizinkan, dengan segannya aku mintak kat Aizat utk stay lagi sehari.. Huhu... Nasib bek bleh...


Segan gak la duk umah orang lama2... Tapi aku takut gak nak gerak malam2 kat tempat yg aku tak familiar...


Pagi esoknya, pukul 10 pagi, akhirnya aku blah jugak dari rumah dia.. Mula2 aku suruh dia hantar aku kat Medan Kidd.. Ingatkan ada bas pegi Shah Alam kat sana.. Rupanya MANE ADE!!! So, aku call dia, mintak tolong hantar aku kat Stesen Bas Medan Gopeng... Fuhhh... Nasib baik ada... Dia tak turun hantar aku, sebab dia rushing kot nak repair rim keta dia, then petang nanti dia nak pegi umah kawan dia kat Parit.. Takpe lah Jat, sekarang aku faham...


Aku tunggu dalam sejam gak ah bas tu... Perak Roadways.... Kat Ipoh, 3 orang je naik bas tu.. Pastu kat Gopeng, lagi sorang naik.... Alhamdulillah, lepas 3 jam, sampai kat Shah Alam....


Tamat sudah aku punye penginapan di Perak start hari Jumaat sampai Rabu... Lama tu.... Hehehe... Banyak kenangan manis tercipta lagi.... Jat, sorry bebanyak sebab banyak menyusahkan ko... Lagi2 aku stay lama lak kat umah ko.. Tapi terima kasih atas layanan anda...


Haaa... Kini aku suka dengar lagu nasyid, sebab ko selalu pasang.. Faktor Umar Murtadza (Muhammad Umar Imarah bin Murtadza) jugak membantu aku dalam mendengar kembali lagu nasyid.... Takde la lagu yang lagha, cintan cintun je sepanjang masa... Dapat ketenangan jiwa bila dengar lagu nasyid, especially bila hayati lirik dan melodi yg indah... Terima kasih sebab sedarkan aku dalam bab memilih halwa telinga...

Rashdan Roslan

8 Nov 2010

~Tag dari Norisah Abu

Nak tau 25 perkara tentang saya?
sape2 yg nak, sila teruskan pembacaan,
yg tak mau boleh klik ikon pangkah kat top right skrin anda.
Terima kasih. :D


1. Saya anak bongsu!


2. Saya sorang je putera dalam adik beradikku... ade 3 orang kakak....


3. Saya telah mendapat title 'Pak Cik' sejak 2006 lagi... hahaha..... 3 orang dah anak buahku...


4. Dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan pada 14 Disember 1992..


5. Abahku bukan orang Kelantan, beliau asal dari Pahang.. tapi mak aku orang Kelantan la... 4 tahun lagi kami akan stay di Kota Bharu... Lepas tu kami akan menetap di Tanah Merah, Kelantan.


6.Saya paling tinggi dalam family... Hahaha...


7.Saya paling minat benda2 yang ada unsur2 vanilla...


8. Suka hazelnut! Almond second...


9.InsyaAllah boleh berdiri atas kaki sendiri, sebab aku suka mengembara dan bercuti-cuti 1Malaysia nih... Hehe... Nak kenal banyak tempat... Bermusafir sambil melihat kebesaranNya...


10.Orang kata, saya ada kembar kat PASUM.... Tapi sebenarnya, takde!


11.Saya kena reject ngan JPA ke oversea!!! Huaaaaaa.... Tapi alhamdulillah, dpt JPA utk local gak...


12.Mood saya tak menentu.. Ada kalanya saya boleh jadi banyak cakap, n ada masanya bleh jadi pendiam.... Bergantung pada persekitaran la...


13.Memiliki motor Yamaha 135LC yang dibiarkan tersadai di Kota Bharu... Takleh bawak kat UM...


14.Saya pilih kawan hanya yang boleh membantu saya ke arah kebaikan... Sorry, I have to do so... Tak bererti saya sombong...


15.Saya masih single and available.... Dulu pernah ada 'teman tapi mesra', tapi magisnya sudah hilang... Hehe...


16.Tak pernah couple, dan takkan couple kot, InsyaAllah.... Nak bercinta pas kawen larh!


17.Jiwa saya semakin kuat, tidak rapuh macam dulu...Ketabahan hati meningkat dengan bagusnya....


18.Saya bukan seorang penggeli... Hehehe... Bak mai la benda2 yg geli2 tu... Haha..


19.Saya dah ada lesen memandu kelas B2 ngan D.... Hehe...


20.Kalau saya tak sambung belajar kat PASUM hari tu, mungkin saya sedang belajar di Kolej Matrikulasi Selangor.... Hehehe...


21.Saya suka dengar semua jenis lagi... Dari era pop yeh yeh sampai sekarang... Hehe....


22.Tak pernah hafal satu pun lagu English dengan  full... Separuh2 tu banyak laaa....


23.Saya boleh menyanyi apa! Buat beberapa persembahan dulu kat sekolah... Antara lagu2 yang diSUMBANGkan olehku adalah Melati Di Tapal Batas, Lebaran Ini, Joget Kenangan Manis, dan Terima Kasih Cinta..... Seronok gak jadik seorang penyanyi nih... walaupun kebanyakan masa menyanyi tu dihabiskan dalam bilik air... Haha..


24.Tak main sukan sangat, tapi adalah jugak masuk event sukan sikit2, macam larian je.... Sebab tu badan jadik macam nih sekarang... Haha...


25.Saya hensem, tampan, bergaya, berketerampilan dan kacak... Ada ciri2 suami mithali... Hehe... Kalau suka, bagitau je la, tapi kita tak boleh couple lagi.... Wait 4 me k..?


Saya tak nak tag sesape.... Hehehe...


Rashdan Roslan

Setelah Sekian Lama... Sahabat

5 November 2010.. Satu tarikh yang akan sentiasa dikenang... Dalam lipatan sejarah peribadi hidupku..

Sebab akhirnya, lepas 9 tahun terpisah, akhirnya aku 'jejak kasih' ngan kawan baikku semasa aku di zaman riang kanak-kanak (Ribena) dulu.. Nama dia dirahsiakan, hehehe... Takut beliau tak bagi aku tulis nama dia kat sini..

Gini citernya... Aku dulu memang rapat sangat2 ngan si kawan aku nih.. Pegi sekolah sama2... Rumah pun satu blok (kami duk flat polis)... Banyak gak la masa bersama-sama... Sumenye kenangan manis...

Tiba-tiba, ayah dia kena pindah ke Gua Musang Antara insan yang paling sedih adalah aku! Best friend aku terpaksa dipisahkan demi tuntutan kerja ayah dia... Kesian aku.... Agak sayu hati aku... Rasa kehilangan yang amat.. Aku sangat rapat ngan dia..

Sukar jugak untuk aku terima hakikat, namun terpaksa aku gagahkan hati aku yang tak matang pun lagi masa tu... Aku hanya berutus surat ngan dia, pastu kami lost contact pulak. Tak tahu dia ke mana.

Sangat sukar utk aku lupakan dia dan keluarganya, tak pernah seharian pun aku tak ingat pasal mereka.. Aku harap yang aku akan bertemu mereka lagi pada satu hari nanti... Tidak pernah putus harapan walau sekali pun..

Sehinggalah pada bulan 5 baru ni, dia add aku kat facebook... Aku sangat beremosi masa tu... Kenangan masa kecik aku da kembali! Syukur alhamduliilah dipanjatkan kepada Allah SWT kerana menemukan aku kembali dengan teman rapatku yang sudah sangat lama terpisah... Engkau Maha Besar.. Engkau kembalikan dia ke dalam hidup aku balik... Engkau sahaja yang tahu, betapa bersyukurnya diri ini terhadapMu..

Sejak dari tu, aku selalu mesej ngan dia... Terlalu banyak benda utk diperkatakan..... Dia masih tak berubah.. Syukur alhamdulillah.. Kau pelihara akhlak rakanku ini lagi, Ya Allah.. Semoga dia senantiasa di bawah lindunganMu, Ya Allah..

Detik pertemuan kali pertamaku bersama dia akan aku ingati selama-lamanya. Stesen KTM Batu Gajah, Perak, menjadi saksi 'jejak kasih' kami... Cewahhh.... Fizikal dia lain dah, tak macam dulu, kurus je.. Sekarang dah besar... Hehe...

Rumah dia biasa je, dekat jalan menghala ke Tanjung Tualang.... Kat depannya, dalam 1 km, ade kapal korek yang purba tu... Hehehe...

Layanan mereka sangat baik, tak ubah macam family sendiri... Kami kan rapat dulu..... Takde yang berubah pun..

Aku dibelanja makan oleh family dia... Aku dibawak berjalan-jalan kat Ipoh.. Ya! Mereka masih sama macam dulu... Terkenang kisah zaman kecik2... Aku ngan kawan aku, tido sangat lewat, sebab banyak bercerita... Hehe... 9 tahun punye citer kot!

Tibalah detik perpisahan pada 7 November... Agak touching la, tapi takde la sampai tahap nangis.... Aku bajet yang diorang nak hantar aku kat stesen bas kat Batu Gajah je, tapi diorang hantar aku ke Ipoh lagi!

Terima kasih sangat2 kat pak cik, mak cik, kawan aku, dan dua orang adik dia, kerana layan aku macam ahli keluarga sendiri... Lain kali aku pasti datang lagi...

Semoga persahabatan kita diredhai oleh Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang..


Rashdan Roslan

4 Nov 2010

Semester 1 Sudah Tamat!!

Akhirnya, setelah berhempas-pulas menghadapi exam final Sem 1, akhirnya habis sudah exam!!! Hahaha.... Berakhir sudah mental torture aku... Huhu....

Komen untuk setiap kertas :

FJAX0112 (Kalkulus) :
Ya Allah... Susah paper ni... Dah la paper first.. Tapi kitorang diduga ngan soalan yg macam nih... Hadoiii... Not a good start..


FQAH0112 (Biologi 2) :
Kertas ni biasa2 je, tapi yg slacknye, aku ade banyak jugak yang terlupa fakta2 yang masuk dalam paper tu... Huhu...


FKAX0111 (Kimia 1) :
Aku kecewa ngan diri aku, sebab tak dapat bagi 100% utk paper nih... Tapi takpe, aku da cuba yang terbaik..


FKAX0111 (Algebra & Geometri) :
Sangat tak puas hati, tapi paper ni better than Kalkulus..


FMAX0111 (Fizik 1) :
Paper ni, masa mula2 nak bukak cover dia, aku dah mula mengenang nasib... Aku kan teruk sikit Fizik nih.... Tapi bila dah bukak, sangkaan aku melecet meleset... Agak senang la jugak soalan tu.. Paper terbaik utk minggu tersebut..


FKAX0112 (Kimia 2) :
Susah! Tapi boleh jawab jugak... Kecewa gak la sebab tak baca awal-awal....


FQAH0111 (Biologi 1) :
Aku ingatkan kacang putih je paper ni... Rupanya buah keras!! Aduiii... Sekali lagi, banyak gak tak ingat fakta....


FMAX0112 (Fizik 2) :
Mula2 ingat nak menyerah kalah... Tapi menyerah kalah tu bukan aku! Cuba buat gak, walaupun lemah dalam Fizik 2... Boleh tahan la jugak kot..


FB0111 (English) :
Latihan dalam kelas lagi susah la! Essay lak, tak cukup ruang... Aduhh... Terpaksa stop cepat..


OVERALL TARGET : A-

Aku tak harapkan dapat 4.00 flat terus utk sem 1... Tapi aku akan tarik apa jua pointer aku di sem 1 ni masa sem 2 nanti.. Tu la, sape suruh study last minute! Padan muka aku..

Dah2 pasal exam...

Kita cakap pasal sem 1... Overall, alhamdulillah... PASUM best ape, walaupun pressure kalau nak banding ngan SPM, 100X lagi teruk la.... Tapi takpe, nanti sem 2, nak susun balik strategi belajar.... Hati aku pun dah berjaya diikhlaskan supaya ade kat PASUM... Kekecewaan lalu sudah sembuh..

Harap kehidupan lagi menarik masa sem 2.... Cepat betul sem 1 nih... Rasa baru semalam je Minggu Haluansiswa...

Esok dah cuti..... Aku tak balik Kelantan dulu.... Tapi aku pergi jalan2 cari pengalaman dulu... Hehe... Menghala ke Perak lagi skali tahun ni... Pastu, nanti ada MUET masa 13hb.... Lepas tu baru balik Kelantan...

P.S.: Tak sabar nak tengok Piala Malaysia kat Kelantan....





Rashdan Roslan