8 Sep 2010

Salam Lebaran

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia yea semua...

Syawal datang lagi. Ramadhan hampir meninggalkan kita semua. Sedar ke tak semua? Beruntunglah mereka yg memanfaatkan bulan Ramadhan tu, dan anggap bulan Ramadhan tu sebagai sebuah pusat asuhan (bukan Pusat Asasi Sains atau Ambang Asuhan Jepun ye!! ), di mana kita dapat pelbagai asuhan dalam bulan yang mulia itu, macam cara nak kawal nafsu dan bagaimana rasanya orang yang susah rasai...

Kita juga dapat banyak bonus daripada Sang Pencipta, dalam bentuk ganjaran pahala. Sape yang terlepas utk buat amalan baik dalam bulan Ramadhan, rugi besar lah anda. Tu peluang yang besar utk topup amalan kita sebenarnya.. Bukan mudah nak dapat, lebih2 lagi masa bulan2 biase... Satu lagi, sape yg dapat jumpa Lailatul Qadar, sangat beruntung... Ibarat amalan 1000 bulan tu, atau bersamaan lebih kurang 83 tahun hidup. Kita (umat Nabi Muhammad S.A.W) sangat bertuah kerana dikurniakan Lailatul Qadar, yang takde pada zaman umat nabi lain.



Harap semua orang rase bersih la lepas habisnya bulan puase ni. Aku akan merinduimu lagi, Ramadhan. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir, sape tahu kan. Ade ke sape2 yang konfem yang dia dapat hidup lebih lama? Kalau ada, memang anda sengal. Hahaha... So, jom doa agar kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan, supaya kita dapat lipat gandakan pahala kita, kan kan kan??? Peluang berharga tu...

Fokus pada hari raya pulak. Raya tu raya la jugak. Tapi kesederhanaan tu penting. Bayangkan apa yang orang susah rasa. Mesti diorang rasa sedih kan sebab tak mampu sambut raya macam orang lain. Kita janganla sisihkan mereka. Buat baik la dengan diorang, insyaAllah dapat ganjaran pahala. Nak raya sakan tu boleh, tapi jangan lupakan mereka yang kurang berkemampuan, k? Hulur la duit raye sikit... Jangan kedekut lak ea...



Secara peribadinya, tahun ni banyak benda yang aku first time... Hehehe.. Meh nak share...

1.First time raye sebagai OASiS... huhu....


2. First time raye sebagai pelajar PASUM! (OMG... ultimately busy.. hahah)


3. First time raya dengan ade lesen dalam wallet (lesen P dulu laaaaa... janji ade... KO ADE??)


4. First time raya takde Khairul Amin Kamarulzaman (which is my hari raya mate for so long... will miss his mother's mee curry.. tak dapat pow dia punye mercun ngan bunga api lagi.. huhu)


5. Yang ni rahsia, kena tanya aku sendiri.. hehe... kes sakit hati ni...

Sampai hari ni, rekod tak pernah raya kat kampung bapak aku di Pekan, Pahang masih bertahan... Nak jugak rasa raya kat sana... Tapi sebelum sempat aku rasa, aki dan wan (atuk dan nenek) aku da takde... Kesian bapak aku, tak pernah raya kat kampung dia.. Sebab sanggup berkorban utk bertugas di jalan raya.. Tapi takpe, sedare-mare aku kat sana ada lagi....



Aku harap yang hari raya kali ni datangkan semangat dan inspirasi untuk aku supaya jadi insan yang lebih beriman dan berguna pada agama, bangsa dan negara. Kalau boleh, janganla kata-kata aku ni jadi kata-kata kosong je.. Nak jadikannya kenyataan! Slowly but surely enn... Only time will tell...

Kepada semua, jemputlah datang ke rumah... Lama ni ade kat umah, sampai 19hb (raya ke-10)... Pintu rumahku sentiasa terbuka untuk menyambut kehadiran anda semua... Datangla serbu rumahku, di alamat:

2584-3H, BLOK I,
PERUMAHAN POLIS WAKAF MEK ZAINAB,
JALAN LONG YUNUS,
15300 KOTA BHARU,
KELANTAN.



Datangla kat umah ni sampai makanan tak cukup n tak cukup tanganku nak melayan korang k.... Hehe... Kumengharapkan kehadiran korang....

Akhir kalam, ku memohon ampun dan maaf seandainya diri ini pernah mengguris hati sesape sahaje, andai tutur kataku menghiris perasaan korang, n kalau tingkah lakuku tidak menyenangkan hati korang. Ku menyusun 10 jari tanda kemaafan, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sesungguhnya aku juga seorang manusia biasa yang tak sunyi daripada melakukan kesalahan. Buang yang keruh, ambik yang jernih k?



Dalam menjamu selera, jangan makan banyak2 ek.... Tak elok utk kesihatan. Nanti berat naik banyak... Hahha... Kawal nafsu makan tu, tau ar kita da sebulan berpuasa. Juadah banyak lak, lemang, ketupat, lodeh, dan kuih raya yang pelbagai. Jangan over makan lak! Hehe.. Nasihat ni...





Jangan main mercun!!!!! Nanti hilang mana2 bahagian tubuh badan kang... Huhu...



Ayuh kukuhkan kasih sayang sesama insan pada hari raya kali ini. Ukhuwah yang kuat antara kita adalah anugerah yang tak ternilai. Jaga diri baik-baik pada hari raya ni.. Sape nak collect duit raya tu, pergilah, janji jaga keselamatan tu, n ingat ALLAH selalu k. 

Berhati-hati di jalan raya. Jangan jadikan jalan raya sebagai 'sungai maut', bak kata YAB PM kita, Datuk Seri Mond Najib bin Tun Abdul Razak...



Akhir kata, SELAMAT BERHARI RAYA! Maaf zahir dan batin...



Rashdan Roslan

6 Sep 2010

Tragedi Raya

Kisah ni betul ke tak? Aku je yang tahu...

Kisah ini berlaku di sebuah kolej di utara Semenanjung Malaysia.. Bila? Di mana? Biarlah rahsia... Citer ni tentang seorang pemuda / jejaka / lelaki yang bernama Imran (bukan nama sebenar) yang menuntut di kolej berkenaan (kita panggil kolej X je la ek...)... Dia ni selalu dipandang sebelah mata oleh rakan-rakannya yang lain.

"Kau ni annoying laaa!!"


"Pergi jauh2 arrr..... Ko menyibuk apehal?"


"Diam ah ko...."


"Kau ni buat menyemak je ah.... Aku segan ade kawan macam ko..."


"Ape yang ko ada yang boleh ko nak banggakan sangat? Ko ingat ko tu hebat ke?"

Tu la antara tohmahan dan cacian yang dilemparkan terhadap Imran. Namun, Imran tetap meneruskan kehidupannya dengan tabah.. Beliau dikurniakan hati yang kuat untuk menepis segala kata-kata yang tajam akibat pisau itu.

Namun begitu, bukanlah selalu beliau dipinggirkan. Oleh kerana beliau dikurniakan kepintaran yang lebih daripada apa yang dimiliki oleh rakan-rakannya, beliau sering menjadi sumber rujukan dan tempat bertanya oleh rakannya. Setiap kali ujian bulanan, pastinya beliau akan mendapat keputusan yang membanggakan, tatkala rakan-rakan yang lain mencatat keputusan yang membimbangkan.

Kehidupannya dipenuhi dengan 'kegelapan'.... Bapanya sudah meninggal dunia semasa beliau di Tingkatan 2. Ibunya pula menghidap leukimia. Beliau adalah anak sulung dalam keluarganya. Keadaan beliau diburukkan lagi dengan dirinya yang dikutuk dan dicaci walaupun telah banyak membantu rakan-rakannya.. Dalam hati ini selalu tertanya-tanya... KENAPA KITA MESTI BERSIKAP PREJUDIS TERHADAP INSAN SEPERTI IMRAN? APAKAH DOSA IMRAN KEPADA KITA?

Pada suatu hari, ada seorang rakannya (yang bernama Faizal) terpandang yang Imran muntah darah di dalam bilik air. Faizal bertanya kepada Imran, "Ko tak sihat ke ape nih?" Imran memberi respon dengan muka yang pucat lesi, mengatakan bahawa beliau baik-baik sahaja. Faizal dengan berlagak sombongnya, terus pergi meninggalkan Imran keseorangan dalam bilik air itu.

Bulan puasa nampaknya berjaya merubah mentaliti sebahagian besar rakan-rakan Imran yang dahulunya pernah menghina Imran, mungkin kerana mereka terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh seorang penceramah yang begitu menusuk kalbu, tentang hubungan sesama manusia, yang dijalankan pada hari ke-10 umat Islam berpuasa. Mereka mula untuk mengenali Imran dengan lebih rapat lagi. Alhamdulillah.

Pejam celik, da tiba masanya untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing. Belum sempat untuk rakan-rakannya bersalam-salaman dengan Imran, Imran telah tiada di Kolej X. Wujudnya satu persoalan besar dalam fikiran mereka. Ke manakah Imran menghilang? Kenapa cepat sangat dia balik kampung?

SMS yang dihantar oleh rakan-rakannya juga tiada balasan. Keadaan ini membuatkan mereka berasa lebih bimbang. Mereka berharap yang Imran baik-baik je.

Tibalah hari kemenangan untuk umat Islam, namun hari kemenangan itu tak sempat disambut oleh Imran. Beliau telah meninggal dunia pada malam raya, disebabkan oleh barah paru-paru yang telah berada pada tahap terakhir. Namun demikian, rakan-rakannya masih tidak mengetahui perkara ini.

Sehinggalah semua pelajar kembali ke Kolej X, berita berkenaan telah disampaikan oleh pengetua kolej, Encik Bakar (bukan nama sebenar). Lebih memilukan, perkara tersebut diumumkan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kolej X.

"Di sini saya ada berita yang mengejutkan. Harap semua orang dapat menerima dengan hati yang tenang dan terbuka. Baru-baru ini, kita baru sahaja kehilangan seorang pelajar Kolej X yang meninggal dunia pada malam raya akibat barah paru-paru. Pelajar itu adalah Allahyarham Nur Imran bin Lutfi. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada beliau, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman."

Kelihatan pada air muka rakan-rakannya, kesedihan dan penyesalan yang ketara. Rata-rata ada yang terkilan kerana mereka hanya mengetahui berita ini pada 8 Syawal, bermakna sudah genap seminggu kematian Imran.

Lemang, ketupat, rendang, lauk-pauk lain dan kuih raya tidak lagi berasa enak setelah mengetahui berita sedih itu. Mood raya semua orang lenyap begitu sahaja, kerana kesedihan menyelubungi Kolej X.

Pada malamnya, satu majlis tahlil dan kutipan derma kilat telah diadakan di sana. Sumbangan yang berjaya dipungut daripada majlis tersebut adalah lebih kurang RM2000. Hasil sumbangan tersebut akan diserahkan kepada ahli keluarganya di kampung.

Keesokan harinya, kaunselor kolej, Puan Azimah  (bukan nama sebenar) telah membongkar satu rahsia yang telah lama disimpan oleh Imran. Pendedahan itu adalah permintaan dari Allahyarham sejak dulu lagi. Puan Azimah telah bertindak ibarat seorang ibu buat Imran di kolej tersebut. Pelbagai masalah telah dikongsi bersamanya. Beliau juga merasa kehilangan Imran. Lebih mengejutkan, Imran telah meninggalkan warkah untuk mereka semua.


"Assalamualaikum semua. Aku mungkin ta dapat hidup lebih lama, sebab aku menghidap penyakit barah paru-paru. Sebenarnya dari kecik lagi, tapi aku rahsiakan perkara ni daripada korang. Hari tu doktor cakap, aku ada masa sebulan lagi. Korang boleh ke bayangkan apa yang aku rase skang? Susah utk aku hadapi hari-hari yang mencabar nih. Setiap hari ibarat selangkah menuju kematian.


Tapi aku rasa aku beruntung kot, sebab aku da tau bila aku akan meninggal dan pergi tinggalkan korang. Sempatlah untuk aku menebus dosa-dosa lalu. Aku harap Allah ampunkan dosa aku agar aku dapat hidup tenang je di sana. Bila aku dah takde, doakan aku tenang ek.


Pasal korang kutuk-kutuk aku sebelum nih, aku da lama maafkan. Wlaupun ada kalanya aku terkesan dan menangis lepas kena caci, kena hina, tapi aku da ta ingat tu smua. Janji korang hepi. Aku pun hepi klau korang hepi. Aku juz nak menyuburkan ikatan silaturrahim. Aku lagi suka dikutuk daripada korang ta layan atau ta sdar akan kehadiran aku.


Yang aku sedih ni, kalau aku da takde, sape la nak tanggung family aku nanti. Mak aku sakit. Aku harapan mak aku dan adik-beradik aku. Bila aku da takde? Kesian la mak aku. Ta dapatla mak aku nak tengok aku jadi doktor nanti.


Kalau aku ta smpat na raya ngan korang, aku kat sini menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan dari korang seandainya ada terkasar bahasa dan terguris hati. Aku pun da maafkan salah silap korang. No hard feeling k?


Oh ya, kepada Puan Azimah, terima kasih sebab sudi dengar masalah saya. Harap saya ta menyusahkan puan la selama ni. Saya da anggap puan macam mak saya sendiri. Saya sayang puan.


Kepada semua, aku harap smoga korang berjaya dalam hidup. Kejar-cita-cita tu. Jangan biar parents korang sedih taw. Hargailah apa yang ada skarang ni, terutamanya rakan-rakan tu. Aku sayang korang semua. Maafkan aku sebab rahsiakan semua ni daripada korang. Jangan sedih-sedih k... Buruk ar kalau nangis!


Akhir kalam, aku mintak untuk undur diri dulu. Good luck utk korang, all da bez! Jasa korang tetap aku kenang sampai bila-bila. Jangan lupa, tingkatkan amal ibadat tu.. Jangan tak ingat Allah, jangan tinggal solat.


Assalamualaikum.


Yang benar,

Nur Imran bin Lutfi"





Ketika membaca warkah tu, berderai air mata Puan Azimah. Mungkin sedih sebab mengenangkan nasib Imran dan keluarganya.

Kepada kawan-kawannya, menyesal dan sedih sampai keluar air mata darah pun tak berguna lagi. Yang pergi takkan kembali. Kita yang masih hidup ni kena teruskan kehidupan, tanpa mereka yang telah pergi. Apa yang kita boleh buat hanyalah mendoakan kesejahteraan arwah, dan teruskan perjuangannya dengan mengambil semangatnya.

Setelah kumembaca kisah ni, tersentuh tu memang ada la. Aku baru sedar yang aku belum cukup dalam menghargai rakan-rakan aku. Aku juga ingat pada kematian setelah baca kisah ni. Kepada pembaca blog ni, ayuhlah kita menghargai rakan-rakan kita yang masih ada di depan kita. Janganlah kutuk atau caci orang dengan sewenang-wenangnya, kerana menghina ciptaan Allah adalah berdosa. Akhir sekali, ingat-ingatlah  pada kematian. Kita tak tahu bila kita akan pergi.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Rashdan Roslan

2 Sep 2010

Merdeka!




Walaupun macam terlambat sikit nak cakap pasal ni (sibuk enn... ta smpat nak update blog slalu), tapi kesibukan aku tak menghalang aku daripada meluahkan rasa cinta akan tanah tempat tumpah darahku,
MALAYSIA.



Tahun ni, sudah 53 tahun Malaysia bebas daripada belenggu penjajah. Setelah dijajah oleh Portugis pada 1511, dengan usaha tokoh-tokoh kemerdekaan kita, seperti Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lock, Tun V. T. Sambanthan, dan ramai lagi... Jasa mereka semua memang tiada nilainya.... Sebagai generasi muda, aku berterima kasih kepada tokoh-tokoh yang bekerja keras demi memerdekakan tanah air kita yang tercinta ni..

Tak dilupakan, perjuangan tokoh-tokoh di pelbagai negeri pada zaman yang terdahulu seperti Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Bahaman, Rentap, dan ramai lagi untuk membebaskan kita daripada penjajah. Daripada tindakan merekalah, tercetusnya kesedaran untuk menuntut kemerdekaan..

Tema tahun ni, 1Malaysia Menjana Transformasi, pada pendapatku, amatlah bertepatan dan sesuai, kerana kita mesti ingat, perpaduan amat penting dalam kehidupan masyarakat majmuk ni. Dengan perpaduan, mudah-mudahan, kita dapat menjana aspirasi kerajaan untuk menjana transformasi dalam negara kita yang semakin hebat nampaknya daripada hari ke hari, dengan usaha oleh pucuk pimpinan negara kita.



Kita sebagai generasi pascamerdeka kena la menghargai setiap perjuangan yang mereka lakukan... Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, kita patut kukuhkan ikatan silaturrahim sesama insan, agar kita dapat terus hidup dalam harmoni... Jangan cuba2 utk menyalakan api perkauman tu, sebab isu perkauman sangat sensitif dalam kehidupan masyarakat kita.

Kalau anda sayang negara anda, jangan buat perkara yang boleh mencemarkan imej negara anda. Contohnya, janganlah mengutuk negara sendiri di luar negara, cakap benda2 negatif pasal negara ni.... Sepatutnya, kita janganlah bukak pekung negara kita, supaya negara lain (terutamanya negara musuh) tak tahu kelemahan kita.. Jangan sampai satu ketika, kita jadi lemah gara-gara perkara macam ni.

Alhamdulillah, wa syukrulillah. Aku bersyukur kerana aku dilahirkan di Malaysia, negara yang aman damai, dan rakyatnya hidup dalam rukun dan damai. Sedang aku mengecapi keamanan di sini, aku terbayangkan nasib saudara seagama kita di Palestin, selatan Thailand, selatan Filipina, Iraq, Afghanistan dan tempat-tempat lain. Nasib mereka jauh bezanya dengan kita. Kehidupan mereka tidak sepi daripada kekacauan, dan takde sape nak dengar keluhan dan nak tolong mereka. Malangnya, ada jugak dalam kalangan kita yang tak reti nak bersyukur.

Akhir kalam, aku bangga jadi anak Malaysia! Semoga kemerdekaan ini akan terus berkekalan. Mudah-mudahan, dengan izin Allah. Semoga dipanjangkan umur kita untuk menyambut kemerdekaan Malysia ke-54 tahun depan. InsyaAllah..